Brunei

Editor’s Note | Nota Editor

Dear all,

Ever since our inception in February 2015, 1001 Bintang’s primary objective has always been to be the ideal partner of our local artists and creatives from the very beginning. ‘Brunei for the world, the world for Brunei’ I would always say.

We knew the struggle to stay relevant in this little to non-existent entertainment and fashion industry. This is a harsh reality that we have always wished to help alter as a truly Bruneian entertainment and fashion media company.

Through our various platforms, we have given exclusive voices to the people behind our local entertainment and fashion scene to express their stories. What a journey it has been!

3 years later, we realize that we could do more than just tell stories. We want to provide a platform for more actors and film makers to express, musicians to spread their wings, fashion designers to inspire and be inspired, make-up artists to paint, photographers to experiment, and other creatives to grow together as partners.

In the next couple of weeks, we will be rolling out more varieties in our content, beyond just entertainment and fashion: more videos, cutting edge editorial photoshoots, movie and food reviews – both in Malay and English. These are just sneak peaks of what’s about to come.

Therefore, in order to give room for further growth, on behalf of the whole team, I here by announce that from today onwards we shall be known as 1001 Magazine – an online magazine based in Brunei.

To our followers, family and friends, thank you very much for the overwhelming support all this while. Keep supporting us and our creative industry!

Sincerely,
Zulhelmi Kamaluddin
Editor-in-chief of 1001 Magazine


Salam sejahtera,

Sejak awal penubuhan kami pada Februari 2015, objektif tunggal 1001 Bintang adalah untuk sentiasa menjadi rakan kongsi yang ideal buat penggiat seni tanahair. ‘Brunei untuk dunia, dunia untuk Brunei,’ ungkapan yang sering saya pegang buat 1001.

Kami tahu tentang pengorbanan dan perjuangan rakan-rakan kami dalam mewujudkan sebuah industri hiburan dan fesyen di negara kita. Inilah realiti yang ingin kami ubah selamanya sebagai sebuah organisasi media hiburan dan fesyen yang bercalakkan keBruneian.

Melalu pelbagai platform, kami telah berikan hak bersuara secara eksklusif buat individu-individu yang berada di belakang arena hiburan dan fesyen kita untuk berkongsi cerita mereka – sebuah perjalanan yang sememangnya menakjubkan!

3 tahun kemudian, kami sedar bahawa kami boleh melakukan lebih dari sekadar menyediakan wadah untuk berkongsi cerita. Zahirnya keperluan untuk menyediakan platform agar lebih banyak pelakon dan pembuat filem bisa mempamerkan kebolehan mereka, pemuzik boleh melebarkan sayap, pereka fesyen boleh menginspirasi dan terinspirasi, penata wajah untuk berkarya, jurugambar untuk bereksperimen dan penggiat-penggiat kreatif yang lain untuk berkembang bersama sebagai rakan kongsi.

Dalam beberapa minggu mendatang, kami akan memberikan lebih variasi pada kandungan, melangkaui hiburan dan fesyen: lebih banyak video, fotografi editorial, ulasan filem dan makanan – di dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kami ingin mencipta penanda aras baru di dalam industri penerbitan negara.

Oleh itu, untuk memberi ruang kepada pertumbuhan yang lebih besar, bagi pihak seluruh keluarga 1001, saya dengan ini mengumumkan bahawa mulai dari hari ini kami akan dikenali sebagai 1001 Magazine – sebuah majalah atas talian yang berpangkalan di Brunei.

Kepada seluruh followers, keluarga dan sahabat-sahabat kami, jutaan terima kasih atas sokongan yang telah awda berikan selama ini. Terus menyokong kami dan industri kreatif kita!

Yang benar,
Zulhelmi Kamaluddin
Editor-in-chief of 1001 Magazine

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s