Brunei

Gema Dari Menara – Filem Pertama Brunei Bakal Sambut Jubli Emas

23 Oktober 1968 –  sebuah tarikh yang amat bersejarah buat arena perfileman Brunei. Tanggal tersebutlah yang menjadi saksi tayangan perdana bagi filem sulung negara yang berlangsung di Panggung Boon Pang Baharu di ibu negara.

GDM_20180812_05.jpg

Gema Dari Menara (GDM) merupakan sebuah filem cereka Brunei hasil terbitan Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei pada waktu itu. Meskipun tiada filem lain diterbitkan sebelum tahun 2013, sejak ianya ditayangkan hampir 5 dekad yang lalu, filem ini merupakan satu-satunya aset sejarah bermakna buat industri perfileman negara.

“In shaa Allah tayang ulang eksklusif akan diadakan pada bulan Oktober 2018 nanti dengan diikuti oleh sesi apresiasi (dialog),” ujar Pengiran Haji Abbas yang merupakan pelakon utama filem berkenaan dan pengurus sementara Badan Penyelenggara Imbas Kembali Filem Pertama Brunei GDM.

Sesi dialog itu dijangka akan memberikan platform perbincangan tentang filem berkenaan termasuklah tujuan pembikinannya, cabaran dan pengalaman semasa pembikinan serta penerimaan masyarakat Brunei pada masa itu.

GDM_20180812_08.jpg

Filem yang juga pernah di tayangkan di National Gallery Singapore pada 6 September 2016 ini bakal menyambut sambutan jubli emasnya pada bulan Oktober mendatang. Oleh itu, sebuah mesyuarat telah diadakan di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, anjuran Persatuan Filem dan Evolusi Teater (FITREE) pada 11 Ogos 2018 yang lalu bagi membincangkan perancangan menjelang sambutan itu nanti serta perlantikan ahli jawatankuasa badan penyelenggara acara tersebut.

Sebagai persatuan filem dan teater yang berdaftar, FITREE menyokong usaha menganjurkan majlis imbas kembali filem GDM ini kerana kami yang juga terdiri dari penggiat-penggiat filem tempatan Brunei merasa bangga bahawa sejarah filem Brunei dimulakan dengan filem yang berunsurkan ajaran agama Islam sesuai dengan falsafah negara, ujar Awang Harlif bin Haji Mohamad, presiden FITREE dan juga seorang pengarah filem tempatan.

Antara barisan pelakon yang pernah terlibat di dalam pembikinan filem ini termasuklah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Salia Awang Haji Mohd Tarif sebagai Hassan dan Dayang Aishah binti Mohd Noor sebagai Samsiah. Skrip asal bagi filem ini pula ditulis oleh Dato Paduka Awang Haji Abdul Saman bin Kahar manakala Pengiran Haji Yassin berperanan sebagai penyanyi bagi lagu tema filem Gema Dari Menara.

Majlis imbas kembali filem GDM ini juga diharapkan menjadi satu suntikan semangat bagi penggiat seni filem tempatan dalam mempertingkatkan lagi perfileman Brunei sebagai medium penerangan yang berkesan serta untuk memajukan perfileman sebagai industri kreatif yang mampu memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s