Brunei / Singapura

Nominasi Jaz & Aziz Harun di Anugerah Planet Muzik 2018

APM 2018.png

Anugerah muzik terbesar Nusantara yang melibatkan artis-artis dan pemuzik dari 4 buah negara (Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam) kembali lagi tahun ini di dalam edisinya yang ke 17. MES Theatre Mediacorp, Singapura sekali lagi akan menjadi saksi malam anugerah yang bakal berlangsung pada hari Jumaat, 28 September depan. Bagi awda yang berada di Brunei, acara ini boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) bermula jam 9 malam.

Acara itu nanti akan menyaksikan persembahan dari pemuzik-pemuzik popular Nusantara seperti Dato Siti Nurhaliza, Rossa, Judika, Ayda Jebat, GAC, Khai Bahar termasuklah artis baru asal Singapura, Farhan Shah dan artis kita, Jaz. Di samping itu juga, acara itu nanti akan dikemudi oleh hos-hos terkenal dari 3 negara: Fiza O, Nabil dan Daniel Mananta.

Jaz.jpegJaz ketika pertama kali tampil di Anugerah Planet Muzik 2013 membawakan single popularnya, ‘I Stalk Your Profile’. | Sumber foto: Google

Pencalonan Jaz & Aziz Harun

Jika sebelum ini, Jaz hanya tercalon di dalam satu kategori (Artis Baru Lelaki Terbaik), tahun ini pula beliau mendapat 4 pencalonan menerusi lagu terbarunya, ‘Teman Bahagia’. Meskipun setakat ini belum ada lagi kategori khas buat penggiat-penggiat muzik tanahair, ini merupakan pencalonan terbanyak yang pernah direkodkan oleh artis Brunei di dalam acara ini.

Beliau akan berentap bersama dengan artis-artis papan atas yang lain seperti Faizal Tahir, Risky Febian, Aisyah Aziz, Raisa, Isyana Sarasvati dan ramai lagi untuk kategori-kategori: Kolaborasi Terbaik (Lagu), Artis Lelaki Terbaik (Lelaki), Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular APM.

Aziz Harun merupakan seorang lagi artis kelahiran negara yang tercalon di dalam Anugerah Planet Muzik tahun ini. Sebelum ini belau pernah membawa pulang piala APM pertama negara pada tahun 2016 menerusi lagu ‘Beautiful’. Baru sahaja melancarkan single terbarunya yang menampilkan artis baru Singapura, Hannah Delisha beberapa minggu yang lalu, Aziz Harun tercalon di dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) menerusi lagu ‘Jangan’ (bersama Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan dan Romeo). Beliau akan bersaing dengan lagu-lagu top nyanyian Rossa, Sufi Rashid, Jaz dan Hannah Delisha sendiri di dalam kategori berkenaan.

Aziz Harun APM 2016 By Mediacorp.jpgAziz Harun di Anugera Planet Muzik (APM 2016) | Gambar oleh: Mediacorp

Pencalonan tertinggi di dalam edisi APM kali ini milik Alif Abdullah, bekas anggota kumpulan Sleeq dengan 6 pencalonan, diikuti oleh Aisyah Aziz, Isyana Sarasvati dan As’ad Motawh yang merupakan antara artis yang mendapat 5 pencalonan.


Berikut merupakan senarai pencalonan penuh Anugerah Planet Muzik (APM 2018):

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
1. Adrian Khalif – Flawless / Merona
2. As’ad Motawh – Senyum
3. Frelo – Kembalilah
4. Kudien Rafee – Ruangan Gelap Gerhana
5. Naim Daniel – Sekali Lagi

Artis Baru Terbaik (Wanita)
1. Charis – Supernova
2. Mimifly – Superfly
3. Rahmania Astrini – Menua Bersama
4. Sara Fajira – You Know
5. Tiesha – Boneka

Duo/Kumpulan Terbaik
1. Caliph Buskers & Faizal Tahir – Buta
2. D’masiv & Rossa Feat. David Noah – Pernah Memiliki
3. Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara
4. Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th – Only
5. Ran Feat. Yura Yunita – Melawan Dunia

Band Terbaik
1. Insomniacks – Selalu
2. Last Child – Dunia Untukmu
3. Noah – Jalani Mimpi
4. Search – Nama Yang Kau Lupa
5. Sheila On 7 – Film Favorit

Kolaborasi Terbaik (Artis)
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan
2. Fazura & Samsons – Cinta Langka
3. Ismail Izzani & Alif – Luar Biasa
4. Rizky Febian & Aisyah Aziz – Indah Pada Waktunya
5. Ryan Sufiyan & Mimifly – Gila

Kolaborasi Terbaik (Lagu)
1. Aku Sendiri – Sufi Rashid (Sufi Rashid & Haqiem Rusli)
2. Bukan Maksudku – Rossa (Taufik Batisah)
3. Jangan – Aziz Harun (Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan & Romeo)
4. Tak Perlu Kata Apa-Apa – Hannah Delisha (Hannah Delisha, Romeo, Faizal Tahir & Mike Chan)
5. Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy “Soulvibe” & Asta Andoko “Ran”)

Artis Terbaik (Lelaki)
1. Faizal Tahir – Menang
2. Jaz – Teman Bahagia
3. Judika – Jikalau Kau Cinta
4. Kunto Aji – Konon Katanya
5. Noh Salleh – Renjana

Artis Terbaik (Wanita)
1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Segala Perasaan
2. Dayang Nurfaizah – Separuh Matiku Bercinta
3. Isyana Sarasvati – Lembaran Buku
4. Raisa – Teduhnya Wanita
5. Rinni Wulandari – Cintai Aku

Lagu Terbaik (Singapura)
1. Adakah Dia – Liwani Izzati
2. Boneka – Tiesha
3. Buat Selamanya – Alif
4. Only – Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th
5. Racun – Farhan Shah

Lagu Terbaik (Malaysia)
1. Mata – Ayda Jebat
2. Nama Yang Kau Lupa – Search
3. Senyum – As’ad Motawh
4. Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
5. Superfly – Mimifly

Lagu Terbaik (Indonesia)
1. Jera (Hatiku Masih Milikmu) – Bunga Citra Lestari
2. Jikalau Kau Cinta – Judika
3. Kembalilah – Frelo
4. Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
5. Love Again – Afgan

Ikon Media Sosial
1. Aiman Tino
2. Aisyah Aziz
3. Aliff Aziz
4. As’ad Motawh
5. Ayda Jebat
6. Hannah Delisha
7. Isyana Sarasvati
8. Jaz
9. Khai Bahar
10. Raisa
11. Rizky Febian
12. Sheila On 7

Artis Paling Popular (Singapura)
1. Alif
2. Aisyah Aziz
3. Bhumiband
4. Didicazli
5. Farhan Shah
6. Haikal Ali
7. Haqim Mokhtar
8. Isnina
9. Jagad Edge
10. Sufi Rashid
11. The Pinholes11 Ryan Sufiyan

Lagu Paling Popular (Singapura)
1. Aku Sendiri – Sufi Rashid
2. Antara Nasib Dan Takdir – Haqim Mokhtar
3. Buat Selamanya – Alif
4. Hanya Kamu – Bhumiband
5. Iyalah – Deffi
6. Kaulah Mimpi – Stereohype
7. Kepala Batu – The Pinholes
8. Only – Jagad Edge Feat. Miiko The 13Th & Firwan Johan
5. Racun – Farhan Shah
10. Sabarlah Sayang – Din Ilango
11. Sejujurnya – Didicazli
12. Warna – Isnina

Lagu Paling Popular APM

1. Aku Sendiri – Sufi Rashid
2. Buat Selamanya – Alif
3. Bukti – Virgoun
4. Bunga – Altimet
5. Di Matamu – Sufian Suhaimi
6. Film Favorit – Sheila On 7
7. Gila – Ryan Sufiyan & Mimifly
8. Indah Pada Waktunya – Rizky Febian & Aisyah Aziz
9. Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
10. Senyum – As’ad Motawh
11. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
12. Zalikha – Floor 88

Artis Paling Popular APM
1. Aiman Tino
2. Aisyah Aziz
3. Alif
4. Anji
5. As’ad Motawh
6. Ayda Jebat
7. Isyana Sarasvati
8. Jaz
9. Khai Bahar
10. Raisa
11. Sheila On 7
12. Sufi Rashid

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s