It seems like KLFW is just getting more exciting every year! Barisan pereka household name seperti Jovian Mandagie & Rizman Ruzaini diselangi wajah-wajah baru pereka muda yang turut menyajikan koleksi hebat di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018.
Koleksi campuran batik & tweed daripada pereka Ridzuan Alias merupakan antara favourite kami musim ini selain helain RTW sarat cetakan abstrak rekaan Cassey Gan. As trends come and go, we’ve rounded up the 5 hottest trends from KLFW 2018 just for you.
1. Coat me in!
Yes, it might be 32°C outside, but that didn’t stop the designers to have statement coats on the runway. Whether it’s hot or not, helaian outerwear ini diberi look baru dalam material dan penggayaan berbeza.
Ezzati Amira mengekalkan silhouette asli trench coat yang digayakan bersama top dan bottom monokrom merah terang. Manakala di Syomirizwa Gupta, kot labuh rona indigo dipadankan dengan blazer cetakan flora dan cigarettes pants untuk gaya lebih santai. Terkenal dengan rekaan outerwear berani, Kit Woo did it again dengan rekaan kot berpanel untuk koleksi menswear-nya.
2. Amen to bishop sleeve
Dari musim raya hinggalah ke pentas KLFW, bishop sleeve is making a huge comeback from the 60’s.
Dress berlengan bishop diberi gaya lebih feminin dalam rona pastel dan hiasan kristal di pentas Innai Red. Top bishop sleeve rekaan Kree is definitely one of the highlighted pieces from the collection. Mimpikita mengekalkan DNA jenamanya dengan bijak memadankan baju organza bishop sleeve bersama dress cetakan geometri.
3. Self-promo
It seems like having a label isn’t enough, para pereka kini memilih untuk menghasilkan rekaan dengan cetakan jenama mereka because it’s meant to be seen.
Rizman Ruzaini menggunakan abbreviation ‘RZMRZN’ dalam majoriti rekaannya termasuklah untuk jaket, dress dan t-shirt yang turut digayakan tetamu jemputan. Di pentas Fazbulous, dress paras lutut diberi cetakan label yang direka seakan-akan corak jalur manakala Fiziwoo tampil dengan top bersulam ‘Fiziwoo Artisanal’ yang diberi sentuhan couture dengan padanan skirt tea-length.
4. Show it off
Lingerie yang sebelum ini hanya disembunyikan di bawah lapisan baju kini dijadikan sebagai salah satu key pieces dalam bergaya. It’s time for you to show ‘em what you got!
Alia Bastamam mempersembahkan koleksi Resort 2019 sarat dengan helaian sensual seperti bra top yang digayakan bersama celana palazzo dan kardigan. Berinspirasikan depression and anxiety, koleksi serba hitam Atelier Fitton turut diberi elemen seksi dalam padanan kemeja jarang dan bra top. Nurita Harith pula bermain dengan silhouette korset dalam rona hitam dan putih untuk koleksinya kali ini.
5. The Reborn of Saloma
Beberapa pereka kali ini nampaknya mengambil ilham daripada Primadona Saloma danera 50-an, lalu diterjemahkan dalam gaya lebih moden dan tersendiri.
Jenama LANA menggunakan pelbagai jenis material berbeza dalam koleksi yang mengimbau kembali fesyen Saloma tetapi diberi nafas baru dengan tata gaya lebih segar. Arared pula mengambil inspirasi dari era 50-an dan aktres Audrey Hepburn namun dihasilkan dalam rona pastel serta digayakan bersama barang kemas Habib Jewels. Situasi sedikit berbeza di Ezuwan Ismail yang memberi elemen pop art dalam koleksi tribute kepada Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara, Saloma.