Brunei / Fesyen / Malaysia

KAVA returns to the runway for a second time!

It was indeed a proud moment for the country. Setelah menyertai AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) pada tahun lepas, KAVA sekali lagi diberi peluang untuk menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KL Fashion Week) tahun ini.

Di dalam temubual ringkas kami bersama Nazy, pengasas jenama KAVA, beliau menyatakan bahawa koleksi mereka kali ini menerapkan konsep ‘women empowerment’ di samping mengekalkan elemen serba hitam dan imej ‘Japanese street fashion’ yang sudah menjadi sebahagian dari DNA jenama mereka.

“Koleksi tahun ani has a mixture of street, glam and a bit of sophistication. Berbanding tahun lepas, it was a bit modest. We also would like to focus more on the practicality of each outfit. ,” jelas Nazy.

Selain KAVA, jenama-jenama lain yang turut serta termasuklah KONG (Kemboja), Shella Merina Personal Designs (Indonesia), Billy L’amour de Ma Vie (Laos), Phyn Studio (Malaysia), Glam Mabel (Myanmar), Paraluman by Bea Samson (Filipina), SILVU (Singapura), Arataweekend (Thailand) dan Tu Bong (Vietnam).

Pemenang AARRDS tahun lepas, Tran Thi Tu turut menampilkan 16 rekaan dari koleksi terbarunya, ‘The Women of Illusion’. Sejak menjuarai pertandingan berkenaan, Tran Thi Tu sering muncul di pelbagai program fesyen di saluran nasional Vietnam dan pernah tampil di dalam majalah Harper’s Bazaar Vietnam. Koleksi kapsul beliau akan mula dijual di FashionValet tidak lama lagi.

Menurut pengasas KL Fashion Week, Andrew Tan, “Salah satu daripada rakan kongsi kami yang paling komited adalah AirAsia. Sokongan mereka benar-benar menjadikan Minggu Fesyen Kuala Lumpur berjaya. Sejak empat tahun yang lalu, AirAsia telah bekerja keras untuk membawa kami ke pelbagai lokasi yang berbeza yang saya percaya ini adalah sebahagian besar daripada sebab mengapa Minggu Fesyen Kuala Lumpur dapat mengukuhkan jenamanya di seluruh Asean.”

PHOTO 1.jpg

Panel juri ujibakat AARRDS kali ini adalah Pengasas KLFW Andrew Tan, Ketua Bahagian Pemasaran FashionValet Nadia Alisya, Pereka Fesyen Terkemuka Fizi Woo, Editor Majalah Female Yang Mei Ling, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O dan Pengasas Jenama Pereka Infinence Tan Keng Kang, Penata Gaya Selebriti Min Luna dan Supermodel Malaysia Tinie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s