1001 Personaliti / Brunei

Naratif Alter Ego Nabeela Fadzil

 

Look 3 - 4.jpg

TERASA kerdil diri ini ketika berada di Minggu Fesyen Kuala Lumpur tempoh hari. Berdiri di tengah-tengah ruang legar Pavilion Bukit Bintang sambil dikelilingi oleh puluhan blogger dan insta-famous yang saling berswafoto dan bertukar-tukar posisi menangkap gambar OOTD masing-masing.

Acap kali mata saya melirik ke kanan dan ke kiri, mengamati aksi mereka berpose, menjinjing tas tangan Sometime by Asian Designers mahupun Dior dengan padanan heels Nelissa Hilman atau Gucci serta persalinan koleksi terkini dari pereka ternama – demi sekeping gambar yang bakal menjadi tatapan ribuan followers mereka di media sosial.

Bisik saya: Beginikah rutin seorang influencer fesyen di belakang tabir?

Pose, snap and pose again, then post! Repeat.

 Lipstickmyname – The Real Deal

Sebut sahaja istilah ‘influencer’, pasti ada yang ‘bekirik’. Benar, terma tersebut masih kedengaran agak kekok bagi sesetengah pihak. Namun, setiap tingkah laku, cara berpakaian, bahkan segala yang dimuatnaik seorang yang bergelar influencer di media sosial tetap saja mendapat perhatian dan kadangkala, menjadi ikutan masyarakat.

Meskipun jumlah influencer fesyen tempatan bisa dibilang dengan jari, jelas sekali nama Nabeela Fadzil merupakan antara yang menonjol dan malar disebut-sebut.

Look 5 - 2

Sosok sebenar di sebalik identiti alter ego, Lipstickmyname dan pemilik blog lipstickmyname.com ini merupakan antara wajah-wajah yang kerap menghiasi bangku pertunjukan fesyen nama-nama besar seperti Mimpi Kita, Jovian Mandagie, Afiq M, Adila Long dan FashionValet.

“Adila Long’s Intemporal ‘16 was my first fashion show invitation. It was held at this gorgeous location: Glasshouse at Seputeh. I wrote a two-part blog post on it. Ahh! I love Adila Long.. obviously, I’m a fan. I wear her every year for raya!” jelasnya, merista kembali kenangan sewaktu menghadiri jemputan fashion show sulungnya beberapa tahun lalu.

A Superwoman

Ramai yang menyanjungnya sebagai idola. Selangkah demi selangkah, wanita ini perlahan-lahan meraih pelbagai pencapaian.

Kesempatan untuk mengadili AirAsia Runway Ready Designer Search di Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun lalu dianggap sebagai salah sebuah pengalaman terindah buatnya setakat ini.

Tidak berhenti di situ, Nabeela kini sudah mula berjinak-jinak di dalam dunia rekaan melalui jenama LMN – jenama pakaian miliknya sendiri. Dalam menghasilkan rekaan pula, beliau bekerjasama dengan Maricel Pamintuan – pereka tempatan yang berpangkalan di Perth, Australia.

“I’ve always wanted to have my own brand, even before being a blogger. But, I don’t call myself a fashion designer. I’m more of a Creative Director of the brand. Maricel is sort of my mentor throughout this whole process. I’m still working with her on the next line. Macam pakai training wheels, before I can get on the real thing. I love her! I’m so grateful to have her on board.”

Look 4 - 1

Sebagai wanita yang berkerjaya dan juga mempunyai pekerjaan tetap, beliau bijak mengimbangi masa. Tanggungjawab terhadap pekerjaan pula sentiasa dijaga rapi. How does she do it?

Just allocating time and being organized. During the day, it’s about work. That’s what I’m paid for. It’s my amanah – is that how you use the word?” terangnya sambil berjenaka.

“Malam or over the weekend, that’s when I do LMN things  – photos with captions or blogposts and then post them up during the week (during lunch or after work). I have an organizer where I list out my to-dos daily.”

“I sometimes worry people think I do social media stuff during work, but I really don’t. It’s just all about organizing yourself well,” tambahnya.

 

Sebagai ikhtisar: she is a wife, a mom, has a full-time job, has a fashion label and is an influencer – benar-benar seorang superwoman!

And did you know that she could sing?

‘Diam-diam ubi berisi’ – perumpamaan yang dirasakan cocok menggambarkan wanita multi-talenta ini. Ramai yang mengenali Nabeela sebagai seorang blogger fesyen atau ikon media sosial, namun tidak ramai yang mengetahui beliau boleh bernyanyi!

Look 2 - 6

“So Zed contacted me one day to sing in this song he created. I said “Yeah” – cause I mean, I had nothing to do and thought it would be fun,” jelasnya sambil mengimbau kembali kolaborasi bersama dengan rapper tempatan, Zed Peace menerusi lagu ‘In My Mind’ beberapa tahun yang lepas.

“(But), I think (singing) gives me too much anxiety that I don’t actually enjoy it as much. Plus, there are so many great singers in Brunei. The industry doesn’t need me! I still sing though – to myself – in the car.”

Dealing with hate    

Memang agak mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Apatah lagi buat seseorang yang mempunyai puluhan ribu followers di Instagram, jelas sukar untuk lari dari komen-komen negatif para netizens. Nabeela tidak tekecuali.

“ “Oh, you have a square face”, “Muka lawa, kaki bida”. Dulu, it used to get me. But masa ani, I don’t have time to ponder on these things. I just shrug it off these days,” katanya.

 

“(The comments) were mostly public. But, I did have one DM from a person saying that people in the building where I work think I’m not a nice person. It was a long mean message and I kind of blocked it from my mind because it was so hurtful,”

Look 1 - 1

“My husband is supportive. (But), when he takes photos, I still get insecure sometimes – especially in Brunei. Overseas, I’m like “Meh, they don’t know me.” But here I’m like “OMG, viral ni!”

“I’m always like, “Lajuuu Zim……” while smiling or not smiling,”

Dilema Personaliti

Kita sering dimomokkan dengan persepsi bahawa golongan influencer ini hanya terdiri dari mereka yang senang bergaul dengan orang lain.

Namun, bagi Nabeela, walaupun beliau kerap menghadiri acara-acara sosial, rasa janggal tetap ada dan tidak pernah hilang.

“I’m an awkward turtle!” ujarnya sambil ketawa.

“I took a test once and I’m actually dua-dua (an introvert and extrovert), but lean towards an introvert. I become an extrovert when I’m surrounded by extroverts. Basically a chameleon,” ulasnya lagi dalam nada bergurau.

“When FV (FashionValet) first came to Brunei, I wore the exact same outfit as Vivy. We wore a Love to Dress top where it was long at the back. Vivy’s one fell ‘til her buku lali, and when she stood next to me, mine looked so tingkai! Awkward.”

Look 3 - 1

Profesionalisme

Extrovert atau introvert, apa yang lebih penting buat seorang public figure sepertinya adalah sifat profesionalisme. Sejak pertemuan pertama dengan beliau lagi, aura tersebut sudah jelas terasa. Sesi photoshoot yang di atur pada 22 September yang lalu berlangsung dengan lancar, dibantu oleh sikap positif beliau yang sekaligus memudahkan tugas kami ketika berada di set. Setiap cadangan dan idea jarang sekali disambut dengan penolakan, malah beliau sentiasa sudi untuk bereksperimentasi.

Apa yang mengagumkan, biarpun kesuntukan waktu kerana harus membuat persiapan bagi pesta ulang tahun pertama anak tunggal mereka pada hari berikutnya, beliau tidak sesekali merungut, bahkan jauh sekali dari melatah. Sungguh, setiap dari kami bagaikan tersanjung dengan dedikasi wanita ini.

Love

Saya kira beliau bukan sahaja seorang wanita yang cekal bahkan tidak gentar menempuh ujian yang menimpa. Mahligai cinta yang dibina bersama suami, Hazim Rahman diserikan lagi dengan kehadiran si cilik setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga.

 

“Life is different (with the new addition). Very different, but good difference. You learn to manage your time better and your priorities obviously have changed.”



ISU 06 - Nabeela Fadzil (Cover)

Ketua Pengarang & Pengarah Kreatif: Zulhelmi Kamaluddin
Pengarah Seni: Fikri Afif Daud
Jurugambar:
Franz Lanzaderas
Juruvideo: Naqib Zulfikri
Penata Rias Wajah: Fina Majid
Penata Gaya: 
Fikri Afif Daud
Penata Gaya Hijab: Asheey Ali
Pengurus Lokasi: Intan Nawwarah
Pembantu Wardrobe: Farah Metalie & Raihani Rafie
Extras: Amal Nadirah Nirwan, Afiqah Darus & Fatin Zai


Hak Cipta Terpelihara – 1001 Entertainment

One thought on “Naratif Alter Ego Nabeela Fadzil

  1. Pingback: 2018 – fatinzai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s