It was definitely a star-studded show! Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung Jumaat lalu menyaksikan selebriti melaram dalam persalinan adi busana rekaan pereka Malaysia seperti Fiziwoo & Rizman Ruzaini. Acara karpet merah kali ini menampakkan kematangan dalam bergaya untuk acara berprestij seperti pelakon Tasha Shilla yang anggun dalam gaun sleek putih rekaan pereka duo Amzu Atelier & Nizam Zamil.
Less about the bling and more about the cut! Here is our list of best-dressed from ASK 2018:
1. Nora Danish
Nora Danish memilih helaian daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2019 Fiziwoo.
2. Sharifah Sakinah
Gaya berani Sharifah Sakinah yang memadankan dress labuh Afiq M. bersama sneakers putih.
3. Izara Aishah
Bagaikan maharani, Izara Aishah anggun dalam busana Rizman Ruzaini.
4. Umie Aida
Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK 2018, Umie Aida dalam suits rona keemasan dari koleksi Erma Fatima.
5. Ain Edruce
It girl & host, Ain Edruce memilih rekaan dress cape rekaan Weihaoyong.
6. Syafiq Kyle
Antara selebriti lelaki yang sentiasa tampil kemas, Syafiq Kyle memilih suits dari Hackett London dan sepatu Pedro.
7. Zahirah Macwilson
Persis A-Lister Hollywood, Zahirah Mcwilson anggun menggayakan dress labuh rona merah dengan perincian bunga 3D rekaan Rizman Ruzaini.
8. Amyra Rosli
Turut memilih busana daripada Rizman Ruzaini, Amyra Rosli tampil futuristik dalam rona metallic.
9. Elizad Sharifuddin
Pelakon, Elizad Sharifuddin dalam persalinan gaun putih with structured shoulder rekaan Asyraf Arrif.
10. Ernie Zakri
Membuat persembahan di pentas ASK 2018, Ernie Zakri bagaikan puteri kayangan dalam persalinan songket putih daripada Amaze Atelier.