Fesyen / Malaysia

Sentuhan Couture Koleksi Women’s RTW 2019 Rico Rinaldi

rico 13

Serasi dengan selebriti A-lister seperti Neelofa dan Rozita Che Wan, label fesyen Rico Rinaldi bukanlah nama asing di persada fesyen Malaysia mahupun Brunei. Tidak lama selepas melancarkan koleksi Bridal 2019 September lalu, the award-winning designer kembali dengan pertunjukan solo untuk koleksi terbarunya, Women’s RTW 2019.

rico 14

28 November lalu, bertempat di White Box, Publika Kuala Lumpur, lebih 20 looks diperagakan yang merangkumi helain ready-to-wear from embellished lace top to pom pom long jacket.

Koleksi RTW 2019 yang sudah boleh ditempah awal (pre-order) ini diberi sentuhan couture dengan perincian jemeki, lace dan juga pom pom untuk kelihatan lebih playful tetapi dalam silhouette yang lebih classy.

“This collection is inspired by this documentary of fast-fashion industry that I’ve watched where the couture industry is getting easier, di mana para pereka memadankan couture piece dengan skirt potongan ringkas,” kata Rico ketika ditemu bual.

rico 19

Tambahnya lagi, koleksi RTW ini memakan masa hampir 6 bulan untuk disiapkan dari proses mencari ilham, material hinggalah ke butir perincian. Helaian lain termasuklah t-shirt putih bercetak, dress labuh bermanik, tulle skirt, outerwear dan blouse yang diterjemahkan dalam kumpulan warna earth tone.

rico 12

Helaian look finale iaitu dress labuh sarat dengan border lace digayakan ringkas tanpa aksesori berlebihan antara yang menarik perhatian kami dan tetamu lain. Pertunjukan solo Rico turut dihadiri tetamu selebriti seperti Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Kilafairy dan Nad Zainal selain wajah familiar barisan hadapan petunjukan fesyen di Malaysia yang lain.

Koleksi Women’s RTW 2019 sudah boleh ditempah awal dari laman rasmi www.ricorinaldi.com dan dijual dari harga RM69.00 (BND23) hingga RM2600.00 (BND857).

More of our fav looks from the collecion:

rico 1rico 2rico 3rico 4rico 6rico 7rico 8rico 10rico 11

Gambar: 1001 Magazine (Amin Idris)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s