Brunei

Puja Lagu Terbaru Fakhrul Razi!

photo 30-01-2019, 9 31 34 pm

Senang kata, Fakhrul Razi merupakan seniman tempatan yang versatile dan terkadang, unexpected. Seorang penyanyi yang gemar dan malar bereksperimentasi dengan pelbagai genre lagu. Sempat tampil dengan single berbahasa Inggeris berjudul ‘Quench’, juga terkenal dengan lagu-lagu mellow ataupun balada seperti ‘Salahkah Aku’ dan ‘Senyuman Gelapmu’, bahkan pernah cuba bernyanyi di dalam bahasa Hindi ketika menyertai sebuah pertandingan di India – baginya muzik tidak mengenal sempadan bahasa dan budaya; semua punyai nilai estetika tersendiri.

Semalam, beliau mengeluarkan lagu terbaru berjudul ‘Puja’. Sebuah single yang bergenre etnik kontemporari, air tangan beliau sendiri. Iramanya indah, susunan muziknya mengasyikkan. Kali terakhir saya terpukau dengan lagu berirama sebegini dari penyanyi yang pernah bergelar ‘Brunei’s Prince of Soul’ ini adalah ketika beliau tampil dengan lagu ‘Damba’ di awal kemunculannya dahulu.

Unsur-unsur muzik Timur Tengah, India, Zapin, Dangdut, Jazz bahkan Samba semuanya diadun sebati di dalam sebuah karya muzik yang terasa sedikit avant-garde, namun familiar hasil susunan yang amat luar biasa oleh Adam S. Permana.

photo 30-01-2019, 9 29 44 pm

“Susah sebenarnya untuk saya menerangkan erti lagu PUJA ani. Walau kalau di dangar, terkesan sebagai lagu romantik – memuja seseorang kekasih. Tapi, in my opinion, it is just a metaphor,” ujarnya ketika ditanyakan mengenai maksud di sebalik single terbarunya itu.

“Kadang- kadang kitani sebagai manusia inda pernah lari dengan pendirian masing-masing. Pendirian atu terlampau utuh sampai dipuja. Terlalu dipuja walaupun you are the only one in the room yang ada pendirian miatu. That would lead to a resolution or a question: is it right or is it wrong?” tambahnya lagi.

“Sebenarnya apa saja jenis lagu , I will make it dekat dengan my soul. Even if lagu atu bukan saya original singer-nya. Just like an actor, the actor is not important but the character is. Atutah yang saya tanamkan arah setiap lagu yang saya nyanyikan atau cipta. (Apa) yang penting, bukan saya sebagai penyanyinya, tapi lagu atu mesti “hidup” dengan nyawa yang sesuai,” katanya lagi.

Lagu Puja Fakhrul Razi

Menyentuh soal muzik video, Fakhrul Razi memilih untuk bekerjasama dengan pengarah muda tempatan, Syazwan Sukreyy dari Memorito (Brunei). Penggambaran yang mengambil tempat di kotaraya Tokyo ini dibuat ketika beliau mewakili negara ke Festival Muzik ASEAN-Japan kali kedua pada bulan Oktober lalu.

Bagi awda yang berminat untuk mendapatkan lagu ini, usah gusar kerana ianya boleh didapati di iTunes, Spotify dan Deezer tidak lama lagi. Saksikan muzik video rasmi lagu ‘Puja’ nyanyian Fakrul Razi di sini.


LIRIK LAGU ‘PUJA’ – Fakhrul Razi

Walau dunia dan seisinya
Menemaniku
Terasa sepi
Tanpa Dirimu

Di dasar hati yang terdalam
Dirimu masih lagi terbayang
Bak tersemadi dan terpendam
Satu sinar bercahaya terang

Dengarlah kasih wahai pujaan
Rindu ini akan kekal tersimpan
Tanpa dirimu kasih… merana….
Bagai bulan tanpa cahaya

(CHORUS)
Walau madu tiada manisnya
Walau bunga habis wanginya
Walau apapun hakikatnya
Dirimu kan terus ku puja

Walau waktu habis detiknya
Walau dunia menentang kita
Walau apapun takdir kita
Dirimu akan terus ku puja

Producer: Budi Hartono | Swara Reswara Entertainment
Composer: Fakhrul Razi
Music Director: Adam S. Permana
Audio Engineer : Ryandani Adi Purbo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s