If you’re a fashion enthusiast like me, feed Instagram awda pastinya dipenuhi rekaan indah adi busana dan perkahwinan dari minggu couture Paris yang baru sahaja berakhir beberapa hari lalu. Arena fesyen Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan minggu fesyen perkahwinan Kuala Lumpur, The Wedding KL (TWKL), yang berlangsung di hotel JW Marriott minggu lepas. Disertai nama-nama besar industri seperti Hatta Dolmat dan Syomirizwa Gupta, TWKL memperlihatkan koleksi bridal terkini untuk digayakan para mempelai menjelang hari bahagia kelak.
From traditional kurung to sexy plunging dresses, we’ve listed 7 biggest trends fresh from the runway…or should we say aisle?
THE TRADITION-A-LIST
Sejak akhir-akhir ini, trend kurung kembali mengambil hati bakal pengantin termasuklah dalam kalangan selebriti. Tidak hairanlah apabila pentas TWKL 2019 menyaksikan hampir setiap pereka menyelitkan rekaan kurung dalam koleksi bridal mereka. Antara yang menarik perhatian adalah koleksi Zaimi Zulkafli yang mempersembahkan koleksi bridal kaya dengan elemen kemelayuan yang diberi sedikit twist dari segi material dan perincian. Pereka Shanell Harun brought that true Malay wedding vibe dengan rekaan kurung pengantin yang diperagakan sambil diiringi alunan muzik tradisional.
SOME LIKE IT HOT
Agak seksi dan daring, para pereka tahun ini lebih berani bermain dengan potongan plunging neckline tetapi masih mengekalkan sisi elegan bakal pengantin. Tanpa sebarang perincian berlebihan, koleksi Amzu Atelier tampak polish dan sememangnya direka untuk wanita moden yang ingin kelihatan seksi di hari bahagia. Pereka Suffian Tugiman turut tampil bersama rekaan dress ketat dengan bukaan leher labuh dalam pilihan material yang lebih feminine.
MIDI IS THE NEW LENGTH
Ringkas dan bersahaja, midi-length dresses are the perfect options for chic & sophisticated brides-to-be. Dress koktel putih berenda daripada Rizman Ruzaini antara yang sesuai digayakan kala after-party hari perkahwinan anda selain dress bercetak rona pastel rekaan Syomirizwa Gupta yang diberi suntikan oriental.
IT’S NOT ALWAYS FOR THE GROOM
Selain dress, kebaya dan kurung, rekaan berseluar juga menjadi trend buat si pengantin yang dambakan kelainan. Tampak effortless dan sleek, Mimpikita’s reinvented tuxedo is definitely one of the highlights from the collection. Turut menjadi pilihan adalah bustier jumpsuit polos rekaan Suffian Tugiman.
BOUQUET EXPLOSION
If you think lace applique for bridal gowns is overrated, meet the 3D flowers! Buat koleksi comeback-nya, Hatta Dolmat didn’t play it safe apabila tampil dengan rekaan sarat bunga 3D yang digubah penuh teliti bagaikan jambangan indah. Manakala di pentas Fiziwoo, pereka duo ini kekal dalam DNA-nya dengan rekaan gaun moden yang diperincikan dengan kuntuman bunga 3D dan juga jemeki for that extra glam.
ALL SUPERBRIDES WEAR CAPE
Wedding dresses with cape might not be something new, but this time, the designers took it to the next level! Buat helaian finale Shanell Harun, ball gown rona keemasan diberi cape berbingkai renda for that ultimate regal look. Ezuwan Ismail memberi mood ethereal dalam rekaan gaun bermantel rona blush yang manis digayakan buat hari pernikahan ataupun resepsi.
ROMANTIC RUFFLES
Di pentas TWKL, para pereka membuktikan bahawa ruffles bukan lagi sesuatu yang dianggap tacky terutamanya dalam rekaan busana pengantin. Embracing the trend is of course, Fiziwoo yang mana sudah sebati dengan rekaan beropol. Cuma bezanya kali ini, ropolannya lebih dramatik walaupun diadun dalam busana polos tanpa sebarang detailing. Pereka Hasfitri Yusof bermain dengan ropol tulle rona nude yang digabung bersama renda putih dan matching gloves.
Photos by: Amin Idris for 1001 Magazine