Fesyen / Malaysia

Lebaran Daramera 2019

Tirai pentas Lebaraan Daramera 2019 sekali lagi dibuka sebagai platform pereka fesyen Malaysia menampilkan koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pertunjukan fesyen Lebaran Daramera edisi keempat ini berlangsung di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Bertemakan ‘Glam Lebaran’, sebanyak 12 koleksi busasa Hari Raya buat wanita dan pria dipersembahkan oleh 14 pereka fesyen termasuklah Behati, Ridzuan Alias, Hassan Adli, JUNO, Zang by Syafiqah Suhaimi dan Wan & Mary. Penampilan istimewa karya Dato Sri Raja Rezza Shah melalui koleksi di bawah lebel Rajarezza menyemarakkan lagi kemeriahan malam Lebaran Daramera 2019.

Kurung rekaan Nila Baharuddin (Depan) | Gamber oleh: Fikri Afif for 1001

Pada malam sebelumnya, berlangsung acara GLAM RAYA 2019 Fashion Show yang menampilkan 11 koleksi hasil rekaan Seth & Luna, Mirol Jonit dan Rifal Exclusive, Owl by Nora Danish dan Mika Wear by Zoey Rahman dan ramai lagi. Acara tersebut juga merupakan acara anjuran bersama pihak Daramera.

Abid Shamsuddin, Pengasas dan Pengarah Acara Daramera Resources berkata, “Sekali lagi untuk tahun yang keempat, kami di Daramera amat mengalu-alukan semua pereka fesyen yang terlibat untuk menjadikan pentas Lebaran Daramera sebagai plarform memperkenalkan koleksi keluaran Hari Raya kepada tetamu undangan, influencers, blogger dan media yang bakal menguar-uarkan kepada pembeli di luar sana.”

Rajarezza by Dato Sri Raja Rezza Shah | Gambar oleh: Fikri Afif for 1001

“Saya turut berterima kasih kepada rakan acara dan penaja Lebaran Daramera kali ini, iaitu Glam Hall selaku penaja lokasi, dekorsi oleh Mahligai Creative, syarikat e-dagang Shopee, penaja minuman Cool Blog, solekan ZV Beauty Collection dan penata rambut Grace Cassandra,” tambah Abid lagi.

Pertunjukan fesyen Lebaran Daramera 2019 adalah kolaborasi khas bersama MARA dan Mara In Fashion serta anjuran bersama Glam Raya 2019.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s