
Wajah barisan hadapannya sahaja sudah bukan calang-calang; from Neelofa to the Queen herself, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pertunjukan fesyen Rizalman for Zalora sememangnya dinanti-nantikan penggiat industri.
Mengangkat tema royalty era British, pertunjukan fesyennya berlangsung Rabu lalu, 27 Mac 2019 di Chin Woo Stadium, Kuala Lumpur.

Segenap ruang dewan dilimpahi cahaya merah dan chandelier gergasi membangkitkan rasa mewah kala menjejakkan kaki ke dalam dewan pertunjukan. Di hujung pentas catwalk tersergam indah singgahsana rona merah menjerit dan jata berukir singkatan nama Dato’ Rizalman Ibrahim, ‘RI’.

Memulakan pertunjukan, Rizalman berarak ke dalam dewan pertunjukan lengkap bermantel merah ikonik lalu bersemayam di singgahsana diraja. Tidak terhenti di situ, konsep royalty ala British diteruskan saat para peragawati dan peragawan berjalan di pentas catwalk. Setiap model dikalungkan selempang oleh Rizalman, bagaikan acara pengurniaan pingat di istana menjadikan pertunjukan fesyen kali ini lebih unik berbanding tahun sebelumnya.
Bukan setakat gimik, selempang yang dikurniakan secara tidak langsung menjadi aksesori pelengkap to the whole look. We love a good styling!

Lebih 30 rekaan daripada koleksi Rizalman for Zalora 2019 dipersembahkan, motif flora dan tartan menjadi taruhan Rizalman pada tahun ini. Rangkaian fabrik organza, renda dan cotton diadun dalam warna-warna mewah dan pastel.
Potongan ringkas tetapi memberi tekanan pada bahagian lengan menjadikan rekaannya tidak tampak bosan. Elemen reben menjadi antara aksesori utama yang direka di bahagian kolar dan pinggang bertujuan memberi illusi lebih ramping kepada si pemakai.

Selain koleksi untuk wanita, Rizalman turut tampil dengan beberapa rekaan khusus buat lelaki. Antara yang menjadi perhatian adalah baju teluk belanga baldu berjalur lengkap berkardigan sebagai aksesori tambahan sesuai dengan tema serta jubah hitam ringkas yang segak digayakan di hari lebaran.
Koleksi Rizalman for Zalora 2019 dijual dari harga RM99.00 hingga RM899.00 dan sudah boleh mula dibeli di laman web Zalora.com.