Fesyen / Indonesia

Sapto Djojokartiko Fall Winter 2019

Koleksi Musim Luruh Sejuk 2019 Sapto Djojokartiko | Gambar oleh: @yannisid

Pereka fesyen Indonesia, Sapto Djojokartiko melancarkan koleksi musim Luruh / Sejuk 2019 beliau pada hari Selasa yang lalu di Jakarta.

Seperti biasa, Sapto tidak lari dari DNA beliau yang sering menzahirkan inspirasi dari budaya Indonesia di dalam bentuk yang lebih moden, feminin dan ringan. Namun, berbeza dari sebelumnya, cetusan warna-warna terang mendominasi koleksinya kali ini. Skema warna merah, ungu, kuning dan hijau begitu signifikan dan memberi nafas baru kepada koleksi beliau.

Apa yang menarik, warisan budaya, sejarah dan arkitektur peninggalan kerajaan Dinasti Sailendra dari kerajaan Sriwijaya menjadi elemen utama yang diketengahkan. Elemen-elemen candi Borobudur dan geometri diinterpritasikan di dalam bentuk dress dan jubah. 

Dress labuh berona merah terang yang membuka pentas peragaan Sapto Djojokartiko Fall Winter 2019 hinted a different direction for the designer.

Laudya Cynthia Bella dan Rossa merupakan antara barisan selebriti yang hadir ke pertunjukan Sapto Djojokartiko Fall Winter 2019 | Sumber foto: @saptodjojokartiko

Sebanyak 35 looks dipersembahkan di dalam pentas peragaan yang turut dihadiri barisan selebriti dan sosialit Indonesia antaranya termasuklah Rossa dan pelakon terkenal, Laudya Cynthia Bella.  

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s