1001 Movie Review

Movie Review: Upin Ipin Angkat Kisah Nakhoda Ragam Brunei?

Benar kata orang-orang tua, “Jangan terlalu benci, nanti jatuh cinta.” Sejujurnya, kali pertama saya mendengarkan lagu ‘Keris Sakti’, runut bunyi rasmi filem animasi Upin & Ipin: Keris Si Amang Tunggal ini, I was not impressed. I thought it was underwhelming untuk filem yang berskala sebegini. Untuk pengetahuan awda, filem animasi popular terbitan Les’ Copaque Production ini menelan belanja sebanyak RM20 juta sekaligus menjadikan ia filem Malaysia termahal pernah diterbitkan setakat ini.

Persepsi saya terhadap lagu tema tersebut berubah serta merta sebaik sahaja melangkah keluar dari panggung. Setelah menyaksikan sendiri filem animasi hebat tersebut tempoh hari, melodinya terngiang-ngiang tanpa henti di telinga saya dan mula menjadi halwa telinga hingga ke hari ini.

Alunan dan lenggok ral nyanyian Fakhrul Razi berserta iringan petikan gambus yang tiada di dalam versi muzik video, begitu mengasyikkan dan sangat bersesuaian dengan mood keseluruhan filem animasi berkenaan. Kini baru saya ketahui mengapa lagu tersebut diangkat menjadi lagu tema. Syabas!

The Good: Great Storyline

Secara keseluruhan, penantian selama kira-kira sedekad untuk filem animasi penuh Upin & Ipin ini sangat berbaloi. Konsep crossover ala animasi parodi Shrek yang menampilkan kisah-kisah dongeng ini bukanlah pertama kali digunakan. Bahkan, filem Magika hasil terbitan KRU juga pernah mengangkat idea yang sama.

Namun, penceritaan semula kisah-kisah rakyat Nusantara seperti Kisah Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Singapura Dilanggar Todak serta Nujum Pak Belalang di dalam filem Upin & Ipin kali ini tetap terasa segar dan tidak membosankan. Karakter Mak Deruma, ibu kepada Si Tanggang dan Raja Bersiung dari kisah Badang juga antara beberapa watak penting yang diadun sebati di dalam sebuah storyline yang padat dan tidak meleret.

Saya rasakan filem ini mempunyai pacing yang hampir sempurna. Ianya tidak terburu-buru dan dalam masa yang sama, tidak draggy. Perkembangan setiap watak juga dilakukan dengan baik sekali.

Karater Mat Jenin di dalam Upin & Ipin: Keris Si Amang Tunggal

Angkat kisah lagenda dari Brunei?

Dalam banyak-banyak watak kisah dongeng yang diketengahkan, ramai yang tidak begitu familiar dengan watak Nakhoda Ragam – salah seorang karakter utama filem animasi ini. Lagenda ini mempunyai dua versi: Versi Brunei dan versi… kedua.

Warga Brunei pastinya sudah sinonim dengan lagenda Nakhoda Ragam yang berkisarkan tentang kisah Sultan Bolkiah (Sultan Brunei yang ke 5) yang kononnya lindung atau mangkat di pangkuan permaisuri baginda, Puteri Lela Menchanai ketika di dalam pelayaran akibat tercucuk jarum emas. Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, Puteri Lela Menchanai merupakan anakanda kepada Kerajaan Sulu yang pada masa itu ingin bebas dari jajahan Kesultanan Brunei. Baginda sering membawa bersama alat muzik diraja ketika merantau sehinggalah timbul gelaran Nakhoda Ragam tersebut.

Di dalam versi yang kedua pula, kisah Nakhoda Ragam adalah pasangan Puteri Gunung Ledang dengan jalan cerita yang serupa seperti yang dikongsikan oleh pihak Les’ Copaque sendiri di dalam rancangan Meletop. Namun, versi ini kurang popular, bahkan di kalangan masyarakat Malaysia sendiri.

Menurut saya, pemilihan penyanyi Brunei, Fakhrul Razi sebagai pemegang watak Nakhoda Ragam was a clever move oleh pihak produksi dalam menyatukan kedua-dua versi tersebut (Secretly hoping for a plot twist that it would be the former).

The Verdict?

Kekuatan filem animasi Upin & Ipin kali ini terletak pada penceritaannya. Namun begitu, there is still room for improvement dari segi kualiti animasi dan rakaman suara yang kadang-kadang kedengaran agak janggal. Sedikit spoiler, bagi awda yang ingin menyaksikan filem ini di pawagam, jangan lupa untuk menunggu sehingga habis untuk menyaksikan klip after-credits siri animasi popular, Puteri di penghujung.

Mungkinkah akan ada lebih banyak filem-filem spin-off dan crossover ala Marvel seperti ini di dalam filem Upin & Ipin keluaran akan datang? Atau mungkinkah kisah Nakhoda Ragam sendiri terungkai tidak lama lagi? (Still hoping it would be the Bruneian version, who knows?) Regardless, it’s a very good film!


Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Genre: Adventure / Animation
Rating: 8/10
Produced by Les Copaque Production Sdn Bhd
Starring Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi & Ernie Zakri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s