Fesyen / Malaysia

Syafiq Kyle & Amyra Rosli Hadiri Pelancaran Koleksi Istimewa NUR by ARJANA

Selepas kejayaan kemunculan pertama, ARJANA by Blancheur kembali meraikan ulangtahun pertama April ini dengan pelancaran koleksi NUR by ARJANA, sebuah kolaborasi ekslusif bersama TV3 dan Media Prima bersempena kembalinya siri TV hit, NUR musim kedua.

Terinspirasi daripada karakter watak NUR, rekaan #NURbyARJANA dikaryakan ilham simbol kekuatan dalam setiap wanita. ARJANA percaya bahawa setiap wanita membawa NUR yang membawa aspirasi dan harapan.

Koleksi kali ini menampilkan Telekung Premium, Skarf-Instant Designer, dan Telekung Mini, yang hadir dalam beberapa rekaan untuk setiap pakaian. Menggunakan fabrik bermaterial ringan dan telap udara seperti Italian Cotton dan Satin Silk, koleksi ini dikatakan helaian mesti ada untuk setiap isi rumah.

Koleksi tudung NUR by ARJANA di majlis pelancaran yang berlangsung di SOGO KL.

Rekaan minimal dengan potongan indah, NUR by ARJANA membawa nafas baru dalam penampilan Telekung sedia ada. NUR by ARJANA Damier, dibuat daripada fabrik Italian Cotton, kain kapas yang terasa lembut apabila menyentuh kulit tampak elegan dengan sentuhan rekaan renda berpetak pada bahagian atas dahi dan panel bawah.

Apa yang menjadikan ia lebih istimewa selain daripada hadir dalam dua rona, hitam dan putih; tatahan kristal pada bahagian atas dahi ditawarkan sebagai pilihan untuk pre-order. Berharga RM320 (tanpa tatahan kristal) dan RM470 (dengan tatahan kristal), Telekung NUR by ARJANA ini dijangka akan menjadi hit sebagai telekung ideal dan sempurna.

Telekung berlengan dan berpoket dari koleksi istimewa NUR by ARJANA.

NUR by ARJANA adalah mengenai memenuhi kehendak gaya hidup wanita moden; kini hadir dengan skarf NUR by ARJANA yang terdiri daripada lima (5) pilihan Skarf-instant Designer; NUR Snap-On, NUR Demi-Shawl, NUR Aisyah, NUR Khimar dan NUR Royalist.

Koleksi penuh telah diperagakan di sebuah majlis pelancaran yang berlangsung di SOGO Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah dan Azhan Rani – pelakon-pelakon utama drama berantai terkenal NUR 2 bersempena dengan siri jelajah Nur 2.

Bagi awda yang berada di Brunei, koleksi ini boleh didapatkan secara online di www.blancheur.co dan dapatkan diskaun 10% menggunakan enam (6) kod promo kempen iaiti NURARJANAEZZAH, NURARJANAMIA, NURARJANAHAWA, NURARJANASARA, NURARJANAANIM, dan NURARJANAEYRA pada 10 April 2019.

Gambar oleh: 1001 Entertainment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s