Brunei

Hadiah ‘Tulus’ Zul F Buat Peminat

Sebut sahaja ‘Zul F’, pasti ramai yang terkenang pada program televisyen popular, Passport to Fame (P2F). Ketika itu, Dewan Raya Radio Televisyen Brunei meriah dengan sorakan peminat muzik tempatan tatkala tiba malam minggu, demi menyokong peserta kegemaran mereka. Zul Faden atau lebih dikenali sebagai ‘Zul F’ merupakan bintang kelahiran program realiti terhangat tahun 2005 itu. Tidak dinafikan, kemenangan yang diraih menerusi rancangan realiti berkenaan berhasil mengangkat namanya sebagai salah seorang penyanyi yang dikenali di negara ini.


Di samping menjadi penerima anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah RTB pada tahun 2008, Zul F juga merupakan penyanyi Brunei pertama yang berjaya merilis lagu dan muzik video beliau di peringkat serantau. Single sulung berjudul ‘Dari Mata’ yang dirilis pada tahun 2007 pernah menjadi siulan masyarakat tempatan, apatah lagi setelah ianya diputarkan di saluran MTV Asia pada tahun yang sama – satu pencapaian yang menjadi pembakar semangat pemuzik tempatan ketika itu.

Walaupun begitu, perjalanan kariernya sebagai anak seni tidaklah senantiasa indah. Beliau mengakui kerjayanya juga mengalami pasang surut dek peredaran zaman. Kali terakhir beliau tampil dengan lagu terbaru adalah pada tahun 2015 menerusi lagu ‘Goodbye’ dan ‘ASMARA’ sebelum berehat dari dunia nyanyian. Kini, setelah hampir 4 tahun menyepi, beliau tampil dengan dua single terbaru sebagai kado buat peminat-peminatnya.


“Zul banyak menerima mesej-mesej dan DM bertanyakan bila lagi Zul akan mengeluarkan lagu baru. I felt bad and at the same time, obligated. These are the people who supported me and my career. So, why do one when I can give two, right?” terang menjawap soalan kami.

Tambahnya lagi, “Konsep ‘dual singles’ ani andang pernah dibuat oleh Ed Sheeran, Shawn Mendes, Elton John, The Beatles dan banyak lagi. Mungkin di Brunei, benda ani alum pernah dibuat. Jadi, anggaplah dual singles ani sebagai hadiah atau tanda penghargaan Zul kepada penyokong di luar sana.”

Zul F sudah pun melancarkan kedua lagu-lagu tersebut di radio tempatan sejak 17 April yang lalu. Berdasarkan permintaan yang kami terima menerusi Instagram, jelas sekali lagu ‘Tulus’ ini mula menjadi kegemaran pendengar muzik tempatan. Apa yang istimewa, lirik lagu yang diterbitkan dan disusun oleh Ezueone dari EE Studio ini ditulis sendiri oleh isteri kepada komposer lagu berkenaan, Ezue. Gabungan duo ini adalah antara pembikin muzik terbaik di negara ini. Maka, tidak hairanlah jika mutu lagu tersebut jelas berkualiti.

Dalam masa yang sama, Zul F turut bekerjasama dengan komposer dan penyanyi terkenal negara, Hans Anuar dalam menghasilkan dan menulis lagu keduanya yang berjudul ‘Syarat Takluk Hatiku’. Lagu tersebut juga menampilkan Zed Peace, rapper tempatan yang namanya kian meningkat naik.

I’ll be working with my good friend, Adam Groves. He is a very talented Director and I respect him. His vision is always fresh and I remember vividly working together on one of my music videos for my past single, ‘Cobalah Tuk Setia’ back in the day. Adam yang kan direct the MVs for both ‘Tulus’ and ‘Syarat Takluk Hatiku’,” ujarnya ketika ditanyakan soal muzik video lagu-lagunya tersebut.

Sedar tak sedar, sudah hampir sedekad setengah penyanyi ini mewarnai arena hiburan tempatan. Perjalanan seninya sejak tahun 2005, dihiasi dengan pelbagai pencapaian baru buat arena muzik negara. Di dalam temubual eksklusif bersama kami, beliau sempat mengungkapkan rasa bangga menjadi antara peneraju era muzik Brunei moden.

I feel lucky enough to be one of the lucky few to help pioneer and pave the way for young talents these days. Masa ani banyak variety or pool of talents. So much potential, so much to give or express. Tumbuh pun macam cendawan.”

“This year alone, banyak artis-artis baru yang muncul dengan single masing-masing. Zul pun turut bangga dengan kehadiran diurang ani. Tapi, satu saja nasihat Zul, niat mesti lurus.”

Pelancaran dual singles ini merupakan teaser kepada album terbaharu yang bakal menemui peminat pada tahun hadapan. Album kedua itu, tambahnya lagi, menandakan kematangan beliau sebagai seorang anak seni. Kedua-dua lagu berkenaan sudah boleh didapatkan di kesemua platform atas talian termasuklah iTunes, Google Play, Spotify dan Amazon Music.

Gambar ihsan: Zul F

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s