Fesyen / Malaysia

Inpirasi rama-rama Rico Rinaldi Summeraya 2019

R0172 copy
Ameera Khan sebagai muse koleksi Rico Rinaldi Sumeraya 2019.

It was certainly a garden of butterflies at Rico Rinaldi Summeraya 2019 fashion show. Diselangi kicauan burung dan cahaya bagaikan pancaran mentari di sebalik tumbuhan mekar, pementasan fesyennya kali ini lebih initimate namun tidak kurang hebatnya. “Setiap rekaan menterjemah simbolik kehidupan rama-rama yang sangat cantik dan hadir dengan pelbagai pilihan warna,” jelas pereka fesyen yang telah mewarnai industri fesyen Malaysia sejak tahun 2007 ini.

IMG_5618
Pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan pelakon cantik, Lisa Surihani memerupakan antara tetamu khas yang hadir memeriahkan pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Summeraya 2019.

Memasuki usia kelapan pengeluaran koleksi Summeraya sejak 2012, Rico menghamparkan 45 rekaan daripada tiga koleksi; Ramadan, Bespoke dan Summeraya. Walaupun berada dalam kategori harga berbeza, setiap helaian direka teliti dengan kepelbagaian teknik cut off dan layering fabrik untuk memberikan penegasan pada bahagian lengan, skirt dan peplum dalam setiap rekaan.

IMG_5621

Buat Summeraya 2019, Rico turut mengutamakan versatility dalam penggayaan dan tidak terhad hanya untuk satu musim. “Setiap rekaan boleh disuai digayakan bukan hanya untuk Aidilfitri malah boleh juga padankan dengan pakaian harian,” tambahnya lagi. Selain koleksi buat wanita, Rico juga menghasilkan empat rekaan baju Melayu lelaki untuk Summeraya 2019.

IMG_5619

Jika tahun lalu ikon fesyen, Neelofa menjadi pilihan Rico sebagai wajah koleksi Summeraya, tahun ini adiknya, Ameera Khan pula disunting untuk menghiasi kempen Summeraya 2019. Berbekalkan lebih 1 juta pengikut di laman sosial Instagram (@littlemisskhan), pemilihan Ameera sebagai Face of Summeraya 2019 bertepatan dengan konsep yang cuba diketengahkan.

“Tahun ini, Summeraya 2019 sangat ‘fun’ dan Ameera adalah pilihan yang paling layak. Bekerja dengan beliau sangat menyenangkan dan bakal menjadi bintang besar pada masa akan datang.”

Rico Rinaldi

“Koleksi ini sangat melambangkan diri saya. Effortlessly chic! Tidak keterlaluan dan bukan minimal. Inilah baju raya yang akan saya sarung tahun ini,” jelas Ameera Khan.

R0236 copy

Semua rekaan Summeraya 2019 boleh dibeli dengan harga kurang daripada RM430-RM500 (Summeraya), RM1,800-RM2,300 (Bespoke) dan RM299-RM329 (Ramadan). Sebarang pembelian, boleh layari online di http://www.ricorinaldi.com, atau di http://www.fashionvalet.com. Koleksi Summeraya 2019 ini juga boleh didapati di Butik Rico Rinaldi di Plaza Damas dan Bangi Sentral selain Physicon Malaysia (@physiconmalaysia) dan Robinsons Kuala Lumpur.

1001 Access Episode 3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s