Brunei

Filem Brunei Terima Anugerah AIFFA 2019

Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2019) berlangsung dengan gahnya di Hotel Pullman, Kuching pada hari yang Ahad lalu. Ini merupakan kali ke empat acara yang mengiktiraf filem-filem terbitan rantau Asia Tenggara, khususnya dari negara-negara ASEAN ini dianjurkan sejak tahun 2013.

Filem ‘RINA 2’, terbitan bersama Brunei dan Laos berjaya membawa pulang anugerah ASEAN Spirit Award pada malam itu. Filem berkenaan adalah sebuah sekuel kepada filem komedi ‘Ada Apa Dengan Rina’ terbitan Regalblue Production pada tahun 2013.

Shafiee Mostar bersama pengarah filem Hari Minggu Yang Ke-4, Siti Kamaluddin di AIFFA 2019. | Gambar dari: Instagram Siti Kamaluddin

Di samping itu, filem Brunei ‘Hari Minggu Yang Ke-4’ merupakan antara penerima Anugerah Khas Juri bersama filem ‘Bad Genius’ dari Thailand dan ‘Shwe Kyar’ (Golden Lotus) dari Myanmar.

Selain itu, pelakon tempatan, Syukri Mahari juga berpeluang menjadi penyampai anugerah pada malam itu dengan ditemani oleh Miss Universe Singapore tahun 2016, Joey Pink.

Pada tahun 2015, Nadiah Wahid pernah memenangi anugerah Pelakon Tambahan Terbaik menerusi filem ‘Yasmine’ manakala filem ‘Ada Apa Dengan Rina’ pula merupakan penerima Anugerah Khas Juri pada tahhn yang sama.

Pelakon Brunei, Syukri Mahari bersama Miss Universe Singapura, Joey Pink merupakan antara penyampai anugerah AIFFA 2019. | Gambar dari: Instagram Syukri Mahari

Lebih 100 filem dari negara-negara ASEAN dipertandingkan untuk sembilan kategori. Filem ‘RINA 2’ turut tercalon dalam kategori Suntingan Filem Terbaik manakala Khouan Souliyabapha, pelakon Lao dari filem tersebut juga tercalon dalam kategori Pelakon Tambahan Terbaik. Pelakon Brunei, Shafiee Mostar, turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Hari Minggu Yang Ke-4.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s