Fesyen / Malaysia

Fiziwoo Pentaskan 2 Koleksi Eksklusif Lebaran 2019

unnamed

Bayangkan suasana pulang ke kampung di sebuah stesen kereta api era 80-an, but in a high fashion way! Turut disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di barisan hadapan, pementasan fesyen FIZIWOO Lebaran 2019 bukan calang-calang.

TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU NORASHIKIN
DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama pengasas dan Pengarah Kreatif jenama Fiziwoo, Hafizi Radzi Woo (kanan) dan Pengarah Urusan, Izree Kai Haffiz (kiri) di pementasan koleksi lebaran Fiziwoo 2019.

Bertempat di Sentul Depot, sebuah kompleks kereta api bersejarah that dates back to 1905, pertunjukannya lengkap dengan replika kereta api, Woo Express, serta mood asap dramatik. What an opening!

Mementaskan lebih 40 looks dari 2 koleksi; WOO/FIZIWOO yang menawarkan helaian mampu milik di bawah RM1000 (BND323) dan rangkaian FIZIWOO; persalinan lebih mewah dari segi perincian yang telah menjadi DNA rumah fesyen ini.

25FCD58F-C76C-477B-9C59-FA7E6027D20B

Buat koleksi WOO/FIZIWOO, silhouette klasik yang menjadi kelaziman buat lebaran seperti Kurung Kedah, Kurung Pahang dan Kebaya diinterpretasi dalam gaya lebih moden dan feminin. Dihiasi perincian ringkas dan reben sebagai pemanis, koleksi kali ini cukup minimal namun tetap anggun disarung oleh wanita variasi saiz. Taking break from the pastel explosion, helaian kurung dalam cetakan suasana kampung antara menjadi favourite hadirin malam itu.

LOOK-2

Catering high-end Ready-To-Wear line, rekaan dari koleksi FIZIWOO lebih mewah dengan perincian couture seperti jahitan manik ‘Tambour’ dan teknik sulaman tangan. Kali ini Fiziwoo lari dari kebiasaan apabila menampilkan fabrik mewah tenun dan batik sebagai bintang utama koleksi lebaran adi busana ini.

Antara koleksi kolaborasi lebaran Fiziwoo dengan Tenun Pahang Diraja Felda.

Meneroka sisi kreatif berbeza, fabrik batik dilukis tangan secara rawak dan lebih kontemporari selain aplikasi teknik Shibori yang turut menjadi highlight of its batik collection. Manakala fabrik tenun pula dihasilkan secara eksklusif buat rumah fesyen ini oleh Tenun Pahang Diraja Felda. Hadir dalam motif berjalur serta ‘bunga colek’ dalam palet warna permata, rekaan turut diberi perincian mewah dan kepelbagaian teknik couture hasil kerja tangan para artisan di atelier FIZIWOO.

3CBE0452-B53F-4EBC-955B-F663AC28ED13
Fabrik batik yang menggunakan teknik Shibori dan lukisan rawak menjadi highlight sebahagian koleksi lebaran Fiziwoo 2019.

The collection is priced from RM4850 to RM7300, and only available at FIZIWOO Boutique for viewing by appointment. Manakala bagi koleksi WOO/FIZIWOO, harga bermula dari RM489.00 hingga RM669.00 dan boleh dibeli secara ekslusif di www.fashionvalet.com serta butik Fashionvalet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s