1001 Personaliti

Kelana Seribu Tahun Imran Ajmain

LEKAS sungguh masa berlalu, tidak terasa kita sudah berada di minggu terakhir bulan Ramadan. Sebak hati ini saat menyedari bulan suci ini bakal meninggalkan kita sekali lagi.

Tatkala menghitung hari sebelum bergemanya takbir menandakan peralihan ke bulan Syawal, kami perkenalkan sosok yang menghiasi edisi khas lebaran 1001 Personaliti tahun ini.

Seribu Tahun, Sebuah Karya Ikonik

Sebut sahaja nama Imran Ajmain, lagu ‘Seribu Tahun’ pasti bermain di minda. Suara lunak yang melantunkan lagu gubahan bersama Taufik Batisah itu, begitu dekat dihati peminatnya. Karya tersebut seolah-olah menjadi sebuah anthem buat penyanyi kelahiran Serangoon, Singapura ini.

Lebih satu dasawarsa berlalu, lagu ini kekal menjadi halwa telinga pendengar muzik kita. Begitu juga dengan karya ikonik berjudul ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’ yang turut menjadi siulan sehingga kini.

Bahkan, biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri sempat menyanyikan lagu tersebut secara acapella ketika konsert jelajah tiga negaranya Mac lalu.

I am over the moon! Lagi-lagi, the superstar mentioned my name and sang a bit of ‘Selamat Ulang Tahun Sayang’ when she greeted me on stage. I melted into a messy puddle of flattery!” jelasnya di media sosial, mengungkapkan rasa terharu dan berbesar hati.

Pengikut akaun Instagram mahupun Twitter beliau pasti sudah mafhum bahawa Imran agak lantang apabila menyuarakan pendapat. Sungguhpun lagu berhantu tersebut sudah dianggap ikonik, beliau tetap sahaja merasa tidak adil jika karya terkini seorang anak seni tidak dihargai.

Setelah melabur tenaga dan memerah keringat semata-mata untuk menghasilkan karya terbaharu buat peminat, seringkali harapan untuk memperdengarkan gubahan masterpiece terkini punah begitu sahaja.

Acap kali kita dapati, para peminat terlalu mengagungkan lagu-lagu evergreen atau ciptaan-ciptaan yang punyai nilai sentimental buat mereka. Namun, bagaimana pula lagu terbaru?

“Susah untuk persembahkan yang baru dan terus diterima.”

Sejujurnya, the people working in the entertainment industry do not know music well. They take whatever that is laid out in front of them and mistaking it as listener demand. So, true musicians and people who can move and shake the industry tidak diberikan peluang jika mereka tidak mengikut trend,” tambahnya lagi.

“We don’t have variety. We keep pushing this ‘balada Melayu’ to the audience and disregarding niche genres like Jazz and R&B.

“We need cross-genre collaborations and we need to feed the audience about this. Only then, singers with quality original work like Atilia and Noryn Aziz will become mainstream. Also, Malay-speaking countries should band together and support cross-country gigs and tours that run the whole year of album campaign,” terangnya panjang lebar mengongsikan pendapat.

Hijrah & Kelana Seorang Penghibur

Meskipun berasal dari Singapura, Imran sudah bermastautin di Kuala Lumpur selama lebih 12 tahun. Apabila membina kerjaya di negeri orang, kepulangannya ke tanah air sudah pasti dinanti.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi berusia 38 tahun ini ketika mengadakan konsert mini ‘Sepuluh Tahun Pertama’ keterlibatannya dalam dunia seni tarik suara. Sambutan di luar jangkaan dari penonton dan pihak media benar-benar memberi kesan kepada dirinya. Lebih-lebih lagi, apabila menyedari bahawa tiket habis terjual hanya dalam beberapa hari.

Walaupun berskala kecil, showcase mini yang diadakan di Studio Recital, Esplanade pada bulan Julai tahun lepas berlangsung dengan jayanya.

“Persis sebuah homecoming!” jelas Imran Ajmain.

Travelling has always been a big part of my career; dari Singapura ke KL, the smaller and far-away states and then internationally,” ujarnya menjawab soalan saya.

“Saya pernah bernyanyi di sebuah festival muzik di Korea pada tahun 2007, kemudian memenangi WCOPA pada tahun 2009, then the string of Malaysia Day or Hari Raya events in Australia, London, Paris and Amsterdam. It’s always about meeting new people and have them already know who you are. That’s special, always.”

“KL is the capital city for Malay entertainment. You (either) make it or break it here. The least you could do is to try.”

The Wanderer Issue bersama Imran Ajmain

Penggambaran kali ini agak istimewa. Perjalanan seni beliau kami interpretasikan dalam bentuk fashion editorial dengan bersaksikan pavilion indah Astaka Morocco di Putrajaya. Estetik ‘Nomad Maghribi’ yang melambangkan kembara seni beliau, diangkat dan diadun bersama elemen Timur Tengah yang lain, demi menzahirkan mood Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Kesudian beliau untuk diolah dan digayakan bersesuaian dengan arahan seni yang sudah dirancang terlebih awal begitu kami sanjungi. Berbasah, berpanas malah berbaring di tepian kolam – semuanya senang belaka, dibuat tanpa banyak bicara.

You guys are very ambitious! But, I trust you.”

‘Takaduhung’ tampil di edisi lebaran, rantaian persoalan kami lontarkan kepada beliau atas dasar ingin tahu. Apabila mengetahui Imran bersama tim SukaSucre Bistro membuat keputusan untuk membawa anak-anak yatim menonton wayang pada awal bulan Ramadan yang lalu, saya terpanggil untuk bertanyakan kepada beliau soal ini kerana ia jarang sekali berlaku.

Spending money on orphans during Ramadan is a normal thing. But, we must be able to preserve the children’s dignities as well. I specifically dislike making them line up in a row for Duit Raya and Baju Raya, kemudian bergambar bersama. That should not be the way.” jelasnya.

Movies are a luxury for those who cannot afford it. Instead of hotel buffets and going shopping for Baju they wear only once, why not make it a simple experience instead that everyone takes for granted?

Raya di Singapura

Bak kata pepatah, ‘Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”. Bagaimana pula suasana Aidilfitri di Singapura?

“Hari Raya lebih meriah di Singapura kerana cuti kerja hanya sehari. Jadi, perayaan disambung selepas kerja atau sekolah setiap hari. Hujung minggu sampai ke minggu ke empat bulan Syawal masih beraya lagi!”

“(Kini), biasanya 3 hari sebelum Raya, saya sudah ada di Singapura. Cuti seminggu tu saya di Singapura sahaja.”

Imran Ajmain juga sempat mengimbau kembali kenangan beraya ketika berumur dalam lingkungan lapan ke sembilan tahun.

Di saat kanak-kanak lain meriah berbaju Melayu, Imran pula meminta untuk memakai tuxedo bersama bow-tie untuk beraya. Jelas, kenangan tersebut tidak dapat dilupakannya hingga ke hari ini.



Ketua Editor: Zulhelmi Kamaluddin
Arahan Seni: Zulhelmi Kamaluddin & Fikri Afif Daud
Tataan Gaya: Fikri Afif Daud
Jurugambar & Video: MOZA | Mo Zaharuddin
Pembantu Wardrobe: Sabby Rahman
Pembantu Set: Sabrina

Penaja:
AERE Men
Malaya Co.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s