Fesyen / Malaysia

1001 Collection Report: Raya 2019

RR
Pelakon, Amelia Henderson menjadi wajah kempen Rizman Ruzaini Luxe Raya 2019. | Gambar dari: Instagram Rizman Ruzaini

It was raining at one time and blazing hot the next hour. But that didn’t stop para pemerhati fesyen Malaysia untuk hadir di pertunjukan fesyen lebaran sepanjang Mac dan April lalu.  Musim ini menyaksikan lebih banyak pereka tampil dengan koleksi lebih polished and true to their DNA. Household names seperti Rizman Ruzaini yang terkenal dengan gabungan renda hitam dan fabrik polos menggunakan formula sama namun direka dalam potongan yang lebih fresh.

nurita
Mainan warna pastel dalam koleksi Lebaran Luxe 2019 Nurita Harith | Gambar dari: Nurita Harith

One of the biggest trends pastinya rekaan klasik seperti Kurung Pahang dan Kebaya yang diangkat kembali oleh pereka seperti NALA dan Salikin Sidek yang sememangnya sinonim dengan rekaan sedemikian. Bebeza pula dengan Nurita Harith yang mempersembahkan koleksi moden dalam rona lembut dan teknik draping yang menjadi signature-nya selama ini. Sebelum tibanya Syawal, let’s recall 10 koleksi lebaran yang mencuri perhatian kami sepanjang “Raya Fashion Week 2019”:-

1. Ridzuan Alias

pjimage (1)
Antara rekaan Ridzuan Alias yang dipentaskan di Lebaran Daramera 2019 | Gambar oleh: Jerome Manaois for 1001

Koleksi Raya 2019 Ridzuan Alias is all about the detailing. Silhoutte-nya mungkin tampak ringkas, namun diberi perincian minima seperti lace applique dan jahitan manik 3D selain potongan lengan unik untuk menaikkan seri si pemakai. Rekaan kebaya moden brocade yang diberi nafas baru bersama ikatan pinggang to accentuate the waist menyerlahkan lagi skill this rising designer.

2. Behati

pjimage
Rekaan unik dari pereka muda, Kel Wan buat label fesyen Behati. | Gambar oleh: Jerome Manaois for 1001

If you’re looking for something different, this collection is for you. Mengambil inspirasi daripada Baju Melayu, Behati bermain dengan potongan berbeza dan menterjemahkannya buat kaum hawa. Oversized top yang dipadankan bersama culottes bersequin turut digayakan bersama sarung tangan dan tudung lekap rona kontra.

3. Rico Rinaldi

pjimage (2)
Cetakan flora menjadi fokus utama koleksi Summeraya 2019 Rico Rinaldi. | Gambar dari: Rico Rinaldi

Bermain dengan motif flora dan palet warna terang, koleksi Summeraya 2019 Rico Rinaldi mengekalkan potongan-potongan yang menjadi signature-nya sebelum ini. Penekanan diberi pada bahagian lengan dan skirt dengan kepelbagaian teknik cut off dan layering fabrik selain perincian manik flora yang menjadi dambaan Rico’s girls.

4. Fiziwoo

pjimage (3)
Fiziwoo turut mementaskan koleksi mewah buat Lebaran 2019 | Gambar dari: Fiziwoo

Koleksi adi busana 2019 Fiziwoo membuktikan kehandalan pereka duo ini terutamanya dalam menghasilkan pakaian tradisional. Berkolaborasi bersama Tenun Pahang Diraja Felda, fabrik tenun digubah indah bersama embellishments mewah dalam potongan kurung labuh. Helaian batik pula dihasilkan dalam corak lebih kontemporari, perfect for modern women.

5. Rizalman 

Photo 30-03-2019, 6 07 39 PM
Tata gaya ala majlis pengurniaan di pertunjukan fesyen Rizalman for Zalora 2019. |  Gambar oleh: Amin Idris for 1001

Berbeza dari tahun sebelumnya, Dato’ Rizalman Ibrahim kali ini mengambil inspirasi dari ‘British Royalty’ buat koleksi lebaran berzama Zalora. Kurung moden dalam cetakan vintage flora, polka dot dan plaid antara yang mendominasi koleksi ini selain perincian reben yang menguatkan lagi konsep yang cuba disampaikan.

6. Amzu Atelier

pjimage (9)
Tona monokromatik koleksi raya 2019 Amzu Atelier. | Gambar dari: Instagram Amzu Atelier

Setelah menyaksikan koleksinya di The Wedding KL Januari lalu, Amzu Atelier was of the many designers that we were excited about at Gaya Koleksi Raya 2019. Terkenal dengan rekaan sensual, we expected nothing less from this collection. Setiap helaian tampil dalam rona merah menjerit namun direka dalam potongan berbeza seperti Kurung Kedah dan kaftan. Menutup pentas adalah kebaya renda merah with sheer skirt yang digayakan penuh drama oleh supermodel Tinie.

7. Anaabu

pjimage (4)
Minimalist dan bersahaja menjadi trademark label fesyen Anaabu. | Gambar dari: Anaabu

Mengangkat cerita cinta dan togetherness, koleksi Eid 2019 Anaabu menjurus kepada rekaan effortless namun tidak ditelan zaman. Helaian monokromotik dalam silhouette sedikit oversized direka harmoni menggunakan fabrik polos bertekstur dan bercetak. Kimono wrapped yang hadir dalam rona jingga dipadankan dengan celana sedondon menjadi penguat koleksi ini.

8. Maqilla

pjimage (10)
Fabrik berjalur dan plaid diadun dalam koleksi Raya 2019 Maqilla. | Gambar dari: Instagram Maqilla

Label fesyen Maqilla meraikan rekaan klasik seperti kebaya labuh dan baju Melayu Teluk Belanga buat koleksi Raya 2019. Rekaan ringkas kurung berjalur digandingkan bersama selendang mengangkat gaya perempuan Melayu terakhir di pentas peragaan. Selain itu, baju Melayu Cekak Musang pula diberi twist dengan lipatan poket bawah membuatkan rekaannya lebih unik.

9. Bernard Chandran

pjimage (6)
Campuran cetakan dan warna terang sentuhan Bernard Chandran. | Gambar dari: Bernard Chandran

Saban tahun, Dato’ Bernard Chandran menghamparkan rekaan berbeza dan berani buat koleksi Petang Raya-nya. Poket bertatahkan permata dan fabrik quirky cetakan ikan digubah dalam rekaan kurung moden serta dress labuh berbolero. Gandingan berani warna palet terang dan clashed prints membuatkan koleksi pereka ini berada dalam liganya sendiri.

10. Fitri Zainal

pjimage (11)
Fitri Zainal persembahkan helaian dalam potongan ringkas dan warna segar. | Gambar dari: Instagram Fitri Zainal

Timeless and minimalist, is the perfect way to describe koleksi lebaran Fitri Zainal. Memberi nama #TheNewClassic, setiap helaian direka khusus buat wanita masa kini yang mementingkan praktikaliti namun masih ingin kelihatan feminin. Turut tampil dalam rona segar seperti coral dan biru laut, rekaan turut diperhalusi dengan butiran seperti buckle mutiara dan bingkai renda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s