Brunei

Aziz Harun Pergi Jauh Untuk ‘Berehat’ Dari Dunia Nyanyian

Penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun yang popular dengan lagu ‘Senyum’ dan ‘Jauh’ ini menggemparkan industri muzik Malaysia minggu lalu apabila membuat pengumuman untuk menarik diri dari pertandingan nyanyian hit, Big Stage anjuran stesen TV Astro secara langsung di atas pentas.

“Mungkin ini adalah hari terakhir saya di Big Stage,” tulis Aziz Harun di laman Twitter beberapa jam sebelum show bermula.

Tweet itu begitu mendapat perhatian sehingga membuatkan pengendali acara mengajukan soalan mengenai posting berkenaan secara live. Namun, pengumuman spontan yang tidak dijangka tersebut jelas mengejutkan ramai pihak termasuklah pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad sendiri.

Aziz Harun selepas membuat pengumuman untuk menarik diri dari Big Stage 2019. | Gambar oleh: Astro Awani

Ini merupakan kali pertama Big Stage menjemput peserta dari luar negara dan kali ini, ia juga turut disertai oleh peserta dari Indonesia dan Korea Selatan selain Brunei Darussalam. Sebagai satu-satunya wakil dari Brunei, jelas the stakes were really high untuk penyanyi ini.

Sambung Belajar ke United Kingdom

Meskipun sudah beberapa kali berada di kedudukan tiga tercorot, Aziz Harun bukanlah peserta yang harus tersingkir pada show malam itu. Akan tetapi, keputusannya untuk menarik diri menyebabkan Dinda terselamat dari penyingkiran.

“Dah lama saya tunggu untuk peluang macam ni. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Astro, juri dan semua peminat. Thank you so much!” ujarnya diakhir rancangan.

Dalam sidang media yang berlangsung setelah rancangan itu berakhir, Aziz Harun menjelaskan bahawa beliau baru sahaja menerima tawaran dari sebuah universiti di United Kingdom setelah sekian lama menunggu dan akan berangkat pada pertengahan bulan ini. Ini merupakan kali kedua permohonan itu dibuat kerana permohonannya sebelum ini tidak diluluskan.

Aziz Harun in Kit Woo for the 3rd 1001 Magazine cover story in 2017.

“Harapnya selepas tamat pengajian nanti saya mahu kembali kepada karier muzik dan menghasilkan karya yang lebih berkualiti untuk peminat,” tuturnya kepada media tempatan.

Sebagai penyanyi BBNU yang mempunyai ramai pengikut-pengikut dari golongan muda remaja, keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran tersebut diterima baik dan seharusnya dijadikan contoh.

Kami doakan agar Aziz Harun akan terus berkarya dan semoga maju jaya dalam pengajian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s