
Siapa tidak kenal dengan Aini Junaidi, seoarang personaliti yang cukup dikenali di media sosial yang juga menjadi sosok yang sering menghiasi kempen jenama-jenama fesyen tempatan. Beberapa hari lalu, wanita muda ini dinobatkan menjadi juara pertandingan Beautyshot musim ke 4 yang berlangsung di Miri, Sarawak.
Lebih membanggakan, beliau merupakan satu-satunya peserta dari Brunei yang menyertai pertandingan pencarian model anjuran Brenda & Brendans Art Paradise tersebut.
“Beautyshot is about beauty in and out. Banyak yang mesti kami buat! Selain challenges every week, we also learned about communication, make-up and catwalk – ani yang mesti dibuat banar-banar masa competition. We were judged based on how we present the product (on the runway),” jelasnya dalam temubual eksklusif kami.

Pertandingan itu sebenarnya sudah berlangsung sejak penghujung bulan Julai lepas di mana setiap peserta dikehendaki untuk menyelesaikan beberapa tugasan atau cabaran mingguan sepanjang pertandingan berlangsung. Ini termasuklah sesi fotografi, catwalk, teknik komunikasi dan kelas penjagaan kulit dan kecantikan.

Komen Negatif
Mungkin sudah lumrah masa kini. Para netizen lebih berani yakni vokal berbicara, mengkritik tindak tanduk orang lain sambil berselindung disebalik identiti palsu di media sosial. Perkara tersebut juga turut berlaku kepada Aini apabila menyertai pertandingan ini.
“I didn’t go for the money! I wanted the experience. Ada yang cakap, “Bari malu saja orang bertudung ikut cemani ani!” But, I still cover my head so why should I care?” ujarnya menepis komen-komen negatif dari netizen.
Khabarnya juga, Aini sebenarnya sudah membuat perancangan untuk mengeluarkan jenama skarf mampu-milik tidak lama lagi. Akan tetapi, niat untuk melancarkan jenama tudung Tiara Hijab miliknya tersebut terpaksa ditunda buat seketika disebabkan oleh tanggungjawab yang harus dipikul bersama pihak pengurusan baharunya kini. Ingin mengetahui perkembangan perjalanan beliau selanjutnya? Stay tuned!
