Brunei

The Biggest Trends of KLFW 2019

Mengimbas kembali pada edisi lalu Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), gaya retro dan fesyen 50-an were some of the biggest trends on the runway. From LANA’s Saloma inspired collection to Arared’s dreamy Audrey Hepburn pastel pieces, we stanned!

Berbeza pula pada tahun ini, kebanyakan pereka beralih ke mod vacation; menghamparkan rekaan ala resort dan pengembara buat tatapan pemerhati fesyen Malaysia dan serantau. Warna khaki, cetakan haiwan serta tribal buat helaian wanita dan lelaki menjadi nadi koleksi safari Ezuwan Ismailit’s wild!

IMG_1719
Ezuwan Ismail’s Safari Collection Ad Campaign | Photo from Ezuan Ismail

Di pentas Innaired pula, fabrik renda guipure dan brocade mendominasi koleksi resort yang menampilkan helaian bersahaja dan glamor buat si fashionista kala bercuti di pulau tropika. If you’re someone who likes statement pieces, koleksi #BehatiBeach by Behati menawarkan blazer oversized (by that we mean, HUGE!) selain kaftan floral yang digayakan bersama terompah gergasi that only Lady Gaga could effortlessly walk in.

IMG_1721
Haneesya Hannee closed the #BehatiBeach Collection by Behati | Phot by Paik Hamid for 1001

Whether or not you’re packing for your next vacation, here’s 1001’s edit of the biggest trends of KLFW 2019!


1. Animal Instinct

Be bold! Usah gusar, sarungkan helaian animal print musim ini tanpa rasa ragu. Bukanlah sesuatu yang baharu di pentas catwalk antarabangsa, cetakan haiwan kini semakin diterima dalam pasaran tempatan – bukan hanya untuk gaya ‘Mak Datin’.

IMG_1706
Photo by Amin Idris for 1001 & Aiman Yazid

Kree membuka pentas dengan ceraian top berlengan penuh drama dalam cetakan kuda belang manakala Afiq M toned down the leopard print shirt dengan gandingan suit longgar rona tanah. Syomirizwa Gupta yang meraikan 16 tahun penglibatannya dalam industri fesyen turut menghantar look fully in leopard print down the runway – a perfect outfit to define Syomirizwa’s fearless women!

2. Green Means Go

We say, go for neon. From the street to the runway, neon green was definitely a thing at KLFW 2019!

IMG_1708
Photo by Maglifestyle, Muhd Akmal & MOZA of 1001

Menyelitkan elemen sporty dalam koleksinya, Maglifestyle menggabungkan warna favourite ini bersama fabric metalik dan net. Neonate played it cool with long puffer jacket while WANPA broke the dusty tones with neon green monogram dress.

3. The New Cargo

Seluar kargo yang sebelum ini sinonim dipakai semasa jungle trekking, diberi nafas baru dalam olahan lebih segar dan trendy.

IMG_1709
Photo by Mimpikita, Jovian Mandagie & MOZA of 1001

Mimpikita memanipulasi rekaan seluar kargo dalam fabrik sutera dan ditatagaya bersama top sequin agar tampak feminin. Koleksi Capri ilham Jovian Mandagie turut menampilkan seluar pendek cargo namun diberi penekanan pada poketnya yang dijahit di bahagian hadapan. TNTCO bermain tona berbeza dalam setiap panel seluar kargo rekaannya – memberi definisi baru kepada cargo pants.

4. Mad Hatter

Function or just for the sake of fashion, tidak dinafikan aksesori kepala bisa menaikkan mood mahupun menyampaikan jalan cerita yang cuba dibawa di pentas peragaan – bagaikan pemanis buat sesuatu koleksi.

IMG_1710
Photo by Bremen Wong, Amin Idris for 1001 & MOZA of 1001

Antara label fesyen aksesori yang sering kali berkolaborasi dengan KLFW designers, hasil tangan Bremen Wong kali ini menjadi pelengkap buat koleksi Private Stitch selain sombrero rumbai burung unta dalam rona terang di pentas Maarimaia. Hanna B yang popular dengan signature luxury straw hats mereka berganding bahu merealisasikan koleksi Musim Bunga/Panas 2020 Yadotsa.

5. The Gothic Princess

Jika tulle putih sinonim buat busana raja sehari, black tulle are made for the fashion princess – just because every girl deserves to be a princess or dressed like one.

IMG_1705
Photo by Rizman Ruzaini, Amin Idris for 1001 & MOZA for 1001

Zaimi Zulkafli’s signature tulle dress yang digubah dalam rona hitam menjadi penutup buat sebuah koleksi yang sarat rona lembut dan potongan klasik – membuktikan kehandalan pereka muda ini. Pada hari ketiga KLFW 2019, Rizman Ruzaini brought sexy to their first ever menswear collection with a tiered tulle skirt worn over a mini dress while Syomirizwa Gupta cipta gaya dramatik with the high collar and puff sleeves namun masih mengekalkan elemen sensual dan berani.

6. Let’s Gather Together!

Whether it’s designed on dress or jacket, waist-gathered is surprisingly a trend this year at KLFW! Memberi illusi lebih ramping buat si pemakai, we can see this problem-solving silhouette making a comeback next Raya season.

IMG_1704
Photo by Ashraf Fotogapo & All Is Amazing

Selain rekaan sensual yang sekian lama menjadi signature-nya, Alia Bastamam’s new take on parka ‘jacket’ is also a must-have from the collection. Syaiful Baharim pula menzahirkan gaya waist-gathered ini dalam fabrik denim yang dipadankan bersama celana merah cili manakala Mimpikita kept it clean dalam ceraian rona sedondon.

7. Die-hard Fanny

Waist bag, fanny pack or whatever you call it, is here to stay! Sworn by fashion icons seperti Neelofa & Hael Husaini, waist bag diinterpretasi dalam stail berbeza – in feminine brocade or neon orange rayon.

IMG_1703
Photo by Ghaania, Ash Rvlph & Maatin Shakir

Ghaania toned down their whimsical collection full of prints and colour blocking with the classic black fanny pack. Jubahsouq pula tampil classy dengan rekaan waist bag monogram ‘JS’ manakala Maatin Shakir bermain dengan mainan warna metalik buat look polos dari koleksi Musim Bunga/Panas 2020.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s