Malaysia

Zee Avi Kembali Dengan Single Terbaru

Sebuah sidang media dan majlis pra-tonton muzik video lagu terbaru dari Zee Avi telah berlangsung pagi tadi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Lagu dan muzik video ‘Who Are U’ ini bakal dilancarkan pada 16 September depan, bersempena dengan hari Malaysia.

Menurut Zee Avi, single terbaru ini bertujuan untuk memperkasa semangat golongan yang sering mendapat perlakuan negatif dari masyarakat. Oleh itu, muzik video kali ini juga menampilkan barisan individu yang sudah sekian lama berjuang untuk tidak tumpas dek kecaman netizen di alam maya. Antara yang turut tampil termasuklah peragawati ‘plus-size’ popular Malaysia, Nalisa Amin serta pereka fesyen muda, Kel Wen dari jenama Behati.

Beliau turut menambah bahawa lagu ini ditujukan khas buat mereka di samping ingin menggalakkan orang ramai untuk menerima kepelbagaian rupa, warna kulit, kepercayaan dan identiti serta bertujuan untuk memberi apresiasi terhadap penggiat-penggiat seni kreatif yang ada di Malaysia.

Penyanyi kelahiran Miri, Sarawak ini sudah mewarnai industri muzik sejak kira-kira sedekad yang lalu. Baru tahun ini beliau kembali aktif menghasilkan karya muzik setelah beberapa tahun menyepi. Meskipun begitu, lagu-lagu seperti ‘Bitter Heart’, ‘Honey Bee’ dan ‘Kantoi’ tetap menjadi siulan peminat-peminat muzik tempatan dan antarabangsa. Bahkan, beberapa karya beliau juga pernah dipilih menjadi runut muzik drama berantai dari Korea.

Zee Avi baru sahaja bermastautin semula di Malaysia sejak awal tahun ini, setelah sekian lama melebarkan sayap dan karya muziknya di Amerika Syarikat. Beliau yang kini bergerak sendiri berharap agar bisa berkolaborasi dengan anak-anak muda tempatan selepas ini.

Apa yang istimewa, sempena pelancaran lagu Zee Avi pada 16 September kelak, sebuah ‘face filter’ juga bakal dilancarkan bersama hasil kerjasama dengan Atina (The Kalavera). Nantikan lagu dan muzik video ini di akaun YouTube rasmi Zee Avi di: youtube.com/zeeavi tidak lama lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s