Brunei

Pencalonan Awal Anugerah Pelangi ke 7

Acara berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh para penggiat seni muzik tempatan kini kembali. Malam anugerah yang memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik Brunei tersebut merupakan sebuah acara biennial anjuran bersama Pelangi FM dan Radio Televisyen Brunei (RTB) dan kini sudah memasuki kali ke 7 penganjurannya.

Jaz Hayat, penerima Anugerah Eksklusif di Anugerah Pelangi 2017. | Sumber foto: Borneo Bulletin

Sebanyak 8 penerima akan diiktiraf di Anugerah Pelangi kali ini dan 2 daripadanya adalah dari kategori-kategori yang baru sahaja diperkenalkan. Anugerah Lagu Inspirasi Pilihan dan Muzik Video Pilihan diadakan demi memberi apresiasi dan galakan kepada lebih banyak lagi penggiat muzik tanahair.

Kategori-kategori utama yang sering mendapat perhatian seperti anugerah Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Wanita Pilihan dan Lagu Pilihan akan dikekalkan. Begitu juga dengan Anugerah Artis Baru Pilihan dan Anugerah Eksklusif yang masing-masing mengiktiraf pendatang baru dan penghibur yang sudah memberikan kontribusi yang signifikan kepada perkembangan arena muzik negara.

Eia, pemenang anugerah Artis Baru Pilihan di Anugerah Pelangi 2017.

CARA MENGUNDI:
Pencalonan awal senarai TOP 10 baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu dan awda dialu-alukan untuk memilih siapakah 5 calon yang bakal tersenarai bagi setiap kategori.

Undian sudah bermula sejak semalam dan akan berakhir pada 6 Oktober depan. Awda boleh membuat undian di sini, melalui melalui akaun Facebook Pelangi FM, laman sesawang RTB atau akhbar rasmi, Pelita Brunei.

Lebih istimewa, sebuah program ‘Prelude AP7’ bersama barisan calon-calon Top 5 Anugerah Pelangi ke 7 akan diadakan di Dewan Raya RTB pada 30 November nanti.


Berikut adalah senarai penuh TOP 10 Anugerah Pelangi ke 7:-

A) Kategori Vokal Lelaki Pilihan
1. Alilah
2. Aziz Harun
3. Dayat Ahim
4. Faezal
5. Fakhrul Razi
6. Nazmo
7. Rafiz Majid
8. Rapul Rezal
9. Yazid Yusof
10. Zul F

B) Kategori Vokal Wanita Pilihan
1. Aqiel Maidin
2. Dila Junaidi
3. Ezah Hashim
4. Maria
5. Masita Tamil
6. Putri Norizah
7. Qeez Idrus
8. Suzan Maidin
9. Syafiqah Rosli
10. Syasya Sahira

C) Kategori Vokal Dua / Kumpulan Pilihan
1. A Band Once
2. Browne
3. Dinshe
4. Empty Wallet
5. Titanz
6. Juan Madial, Aznniel Yunus, Indra & Afiq Wafi
7. Seniman Jalanan
8. Juan Madial, Rizal Rasid, Nonoy & Izyan Husny
9. Alilah & Irfan
10. Taswim Rozan & Isyraf Yusri

D) Kategori Artis Baru Pilihan
1. Ayesha Said
2. Azim Ariffin
3. Bob Azrin
4. Ikhlas
5. Isyraf Yusri
6. Kip Hafizuddin
7. Sueib Suhaimi
8. Syafiqah Rosli
9. Syasya Sahira
10. Zed Peace

E) Kategori Lagu Pilihan
1. Berharap – Taswim Rozan & Isyraf Yusri
2. Bidadari Dunia – Kip Hafizuddin
3. Kampong Boy – Zed Peace
4. Kamu – Aznniel Yunus
5. Lelah – Nazmo ft Ayesha
6. Mungkir – Rapul Rezal
7. Rasa Ini – Dila Junaidi
8. Sendiri – Dayat Ahim
9. Tertulis – Ezah Hashim
10. Tulus – Zul F

F) Kategori Lagu Inspirasi Pilihan
1. Cinta Untukmu – Amar Sai
2. Diam – Ikhlas
3. Hayati – Indra
4. Kau Segalanya Bagiku – Masita Tamil
5. Ketika Allah Menyapaku – Ayub
6. Ruminasi – Avantgarde ft Spook
7. Semberono – Aznniel Yunus, Afiq Wafi, Indra & Juan Madial
8. Syurgaku – Alilah & Irfan
9. Tasbih Cinta – Amar Sai
10. Waktu – Abdus Salam

G) Kategori Muzik Video Pilihan
1. Berharap – Taswim Rozan & Isyraf
2. Dunia Terindah – Dani Ahmad
3. Kampong Boy – Zed Peace
4. Lelah – Nazmo ft Ayesha
5. Panji Hati – Juan Madial, Rizal Rasid, Nonoy & Izyan Husny
6. Rasa – Juan Madial ft Raudhah
7. Rela – Sueib Suhaimi
8. Rasa Ini Cinta – Dila Junaidi
9. Semberono – Juan Madial, Aznniel Yunus, Indra & Afiq Wafi
10. Seribu Satu Rasa – Fiqah Nasruddin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s