Musisi kelahiran masa kini bagaikan sudah sebati dengan gelaran penyanyi BBNU (singkatan ‘Budak Baru Nak Up’) – sebuah istilah yang mungkin kedengaran agak janggal, merujuk kepada ledakan penggiat-penggiat muzik dari kalangan generasi muda yang semakin ramai membanjiri industri muzik serantau.
Meskipun berskala kecil, negara kita juga tidak terkecuali dari mengalami ledakan fenomena yang sama. Edisi 1001 Spotlight kali ini cukup istimewa; bukan sahaja menjadi sebuah kesinambungan dari ruangan 1001 Personaliti edisi The Music Issue yang lalu, bahkan nama-nama yang kami tampilkan ini merupakan antara yang bersinar sejak beberapa tahun kebelakangan.
Bah, apa lagi? Tekan pautan di bawah untuk membaca temubual ringkas bersama Aznniel Yunus, Kip Hadizuddin dan Syasya Sahira sempena tahun baru 2020 ini:-


