Brunei

Tahun Luar Biasa Kip Hafizuddin

“Tahun Luar Biasa!” ujar Kip Hafizuddin, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bidadari Dunia’ ini. Menurutnya, banyak peristiwa penting terjadi di tahun 2019. Selain diiktiraf sebagai pemenang ‘Persembahan Terbaik’ di ASEAN Song Contest yang berlangsung di Vietnam, tahun keramat ini juga merupakan kali pertama beliau tercalon di Anugerah Pelangi – sebuah acara berprestij yang menjadi penanda aras pencapaian pemuzik tempatan.

Kami undang beliau untuk menjadi salah seorang bintang tamu 1001 Spotlight keluaran terakhir tahun ini, sekaligus bertanya khabar dan perancangan beliau di tahun 2020 mendatang.


Hi Kip! How are you, brother?
Good! How are you?

Baik-baik saja, Alhamdulillah. How’s 2019 been for you?
Tahun luar biasa! That’s all I can say. 2019, tahun yang produktiflah banarnya. Walaupun inda mengeluarkan lagu, tapi masih aktif dengan show and last July turut mewakilkan Brunei untuk ASEAN Song Contest di Hanoi, Vietnam.

I can understand why. Congratulations sebab tercalon dalam 2 kategori di Anugerah Pelangi yang akan datang. That’s big! How do you feel about it?
Rasa bersyukur banar-banar pasal inda pernah menyangka yang aku sendiri tercalon untuk dua anugerah di AP7 ani. Kalau dulu, aku rajin melihat AP, sebelum aku ada mengeluarkan lagu lagi. Lapas meliat semua persembahan atu, kadang-kadang berangan sikitlah; in the future diri pun kana calonkan. Alhamdulillah, inda sangka 2 tahun kemudian, angan-angan atu jadi kenyataan. But, I know, aku indakan berada di sini kalau bukan orang kitani sendiri yang support. So, thank you so much from the bottom of my heart!

Since you’ve been waiting for this moment dari dulu sudah, masa ani mesti sibuk buat persiapan untuk AP7. Will there be any surprises?
Hmm, pasal persediaan untuk AP7, aku mahu membawakan perubahan yang lain dari apa yag pernah kubuat. Kalau mahu tahu apa, datang saja ke Jerudong Park Amphitheatre nanti okay?

Jawapan artis sangat! Any plans for new year?
Tahun lapas, aku celebrate sama kawan-kawanku. Tahun ani, aku celebrate di Brunei saja sama family and cousins. Makan Indomee – konon last-lah kan makan yang berminyak. Liat tia 1st January *laughs*

Okay, soalan cepumas. I’m going to ask you about your new year resolution, but I just want to know, what would you most like to change about yourself tahun depan?
I can see myself as an introvert. So, mungkin tahun dapan kan cuba jadi lebih outgoing, adventurous dan matang dari tahun sebelumnya. Mencabar diri untuk lebih berani mencuba barang-barang yang baru.

Who are the 3 people you would like to spend more time with in 2020?
Keluarga of course-lah kan. Kedua, kawan-kawan rapat dan jauh, and finally, mungkin bakal jodoh di luar sana? Cia cia!

Labih dari tiga orang ni! What advice would you like to give yourself as you begin the new year?
*laughs* Sayangi diri sendiri, amalkan lifestyle yang lebih sihat.

Thanks Kip, Happy New Year to you!
You’re welcome. Happy new year to you too! Have a good one.


Brought to you by: McDonald’s (Brunei)
Photographed by: Rafie HS
Art Direction: Zulhelmi Kamaluddin
Styling: Fikri Afif
Blazer & Shirt: Emin Madrosa
Assisted by: Waji Sablee, Intan Nawwarah & Raihani Rafie


Hak Cipta Terpelihara (2019) – 1001 Entertainment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s