Fesyen

Warga Fesyen Bersatu Perangi Covid-19

Tough times! Berbeza dari tahun-tahun lalu, kalendar fesyen 2020 agak berbeza memandangkan seluruh warga dunia sedang ‘berperang’ untuk menewaskan wabak Covid-19. Tiada lagi pertunjukan fesyen sempena Lebaran mahupun minggu fesyen couture di kota Paris. Arahan untuk #StayHome sehingga terputusnya rantaian penularan wabak ini sedikit sebanyak menjejaskan bisnes fesyen serantau dan global.

Namun soal ini tidak sesekali pun mematahkan semangat pereka fesyen untuk membantu para frontliners dalam menangani wabak Covid-19. Kadar penularan yang agak pantas menyebabkan kebanyakan hospital mengalami kekurangan sut Personal Protective Equipment (PPE) dan juga topeng penutup muka. Jika sebelum ini showroom para pereka dipenuhi koleksi terbaru lebaran namun kini sut PPE rona biru menggantikan rekaan kurung dan kebaya berjemeki.

Antara pereka yang terlibat dalam usaha murni ini ialah Datuk Radzuan Radziwill dan Melinda Looi yang bernaung di bawah Malaysia Official Designers Association (MODA) selain household names seperti Rizman Ruzaini, Mimpikita dan Fiziwoo.

Rumah fesyen Christian Dior pula membuka semula atelier Baby Dior di Redon, Perancis untuk menghasilkan topeng penutup muka bagi membantu petugas barisan hadapan.

Manakala usahawan dan fashion icon; Vivy Yusof menggunakan kuasa media sosialnya apabila meraih lebih RM100,000 dalam masa kurang 24 jam! Ini merupakan kali kedua Vivy menganjurkan kutipan dana Covid-19 setelah meraih lebih RM1juta Mac lalu. Turut melakukan usaha yang sama adalah jenama Anaabu bersama Bambina dan Small Changes Malaysia yang meraih RM30,000 buat projek PPE.

Sementara itu, Burberry mengambil langkah untuk menyumbang kepada penyelidikan vaksin Covid-19 dijalankan oleh Univesiti Oxford, yang mana akan melakukan human trials bermula bulan ini. Jenama dari British itu juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan buat mereka yang mengalami kekurangan bekalan makanan akibat penularan wabak ini.

Kami di 1001 ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat para frontliners yang terus cekal bertugas demi kesejahteraan semua. Tidak lupa buat pembaca kami, #StayHome, jaga kebersihan diri dan praktikkan penjarakan sosial. Take care everyone.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s