1001 Editorial

Fakhrul Razi: Sang Seniman Sejati

Satu pertemuan diatur bersama seniman negara, Fakhrul Razi, bertempat di Gloria Jean’s Coffee pada tanggal 2 Julai lalu. Aroma kopi yang dipanggang sang barista memberikan energi dan membangkitkan ‘ambiance’ santai sementara kami menantikan ketibaannya.

Tepat seperti yang dijanjikan, Fakhrul muncul bersama senyuman terukir dibibir lalu menyapa mesra kehadiran kami di situ. Di saat dia sudah bersedia, kami mulakan perbualan.

Kepetahan dan kemesraan sang pemilik suara emas yang menghiasi wajah depan 1001 personaliti edisi ‘Legend Issue’ kali ini melenyapkan rasa canggung dan gementar tim editorial yang bertugas pada malam itu. Fakhrul sempat bertanya di atas faktor apakah kanvas seninya dipilih sebagai pengisi ruangan edisi ‘lagenda’ ini. Menurutnya, seorang lagenda itu terlalu besar maknanya.

Dan jawapan kami?

Dari kacamata pemerhati perkembangan industri hiburan tanahair, tidak keterlaluan jika kami katakan yang beliau adalah ‘the greatest male vocalist’ yang pernah dilahirkan negara!

Rangkuman kanvas seni Fakhrul Razi kami coretkan secara eksklusif untuk tatapan umum buat pertama kali.

‘The Humble Beginning’

Pertandingan ‘Talentime’ pada tahun 2004 menjadi titik permulaan kepada langkah seninya. Satu demi satu peluang muncul dan digapai. Setelah meraih gelaran juara, Fakhrul memulakan karier bersama PhuturePhase Production milik penyanyi dan komposer Hans Anwar. Apa yang menarik, tidak ramai yang mengetahui bahawa lagu ‘Memori Di Hari Raya’ merupakan pertaruhan sulungnya di dunia muzik. Ironinya, setelah itu barulah beliau tampil bersama sebuah single berjudul ‘Pertama Kali’ tatkala usianya baru mencecah 24 tahun.

Melalui program itu juga, penyanyi ini dilamar  menjadi penyampai radio, menimba pengalaman bersama Nasional FM bermula dari tahun 2004 sebelum berhijrah menyertai Kristal FM pada tahun 2009 sehingga 2013.

Kongsinya lagi, aktiviti nyanyian sudah pun terselit di antara tugasnya selaku penyampai radio. Antara kenangan manis yang terpahat di dalam jurnal seniman ini termasuklah penglibatannya di festival Java Jazz pada tahun 2011. Di situ beliau pernah berpeluang berkongsi pentas bersama penyanyi lagenda Indonesia, Glenn Fredly yang turut dikaguminya secara peribadi.

Jenama dan Identiti

Menyelak lembaran muzik pula, evolusi muziknya begitu jelas. Di mata umum beliau terpahat sebagai penyanyi bergenre jazz – satu ciri khas yang menjadi kekuatan dan keistimewaan seorang Fakhrul Razi. Apabila disoal mengenai hal ini, ternyata beliau punya pandangan tersendiri. Fakhrul tidak pernah mengkhususkan warna muziknya hanya pada genre itu. Jelas sekali penyanyi ini malar berpegang pada kata-katanya. Buktinya nyata melalui lagu-lagu yang berpelbagai warna.

Akan tetapi, natijah daripada keberaniannya untuk bereksperimentasi itu, identiti karyanya pula dipersoal, seolah-olah tidak memiliki ‘branding’ tersendiri.

That made me question my identity,” ujarnya tanpa sedikit pun berselindung.

Apabila ditanya apakah beliau sudah menemukan identiti diri sebagai pemuzik selepas lebih 15 tahun berada di dalam industri, jawab Fakhrul, “Now, (I think) I have found myself. Slowly. It’s getting there. Macam the tunnel is getting narrower. Somehow this is what I am meant to be.” Kami mengangguk faham.

Fakhrul Razi hari ini nyata lebih selesa membawa keunikkan pada muzik yang dihasilkannya – terus menjadi dirinya sendiri tanpa perlu batas genre.

Kalian dengarkan ‘Puja’. Kalian dengarkan ‘Ya Iyalah’. Atau barangkali, buah tangan hitsnya, ‘Salahkah Aku’. Kalian akan temukan jawapannya. Sebuah refleksi keunggulan insan seni negara yang bernama Fakhrul Razi adalah kemampuannya menembusi dan mendominasi pelbagai corak muzik!

Kembara Muzik

Perjalanan seninya tidak mudah seperti yang disangka. Dek kerana cintanya yang mendalam pada bidang muzik, semua liuk-lekuk perjalanan itu dijalani dengan penuh optimis. Diarinya menyimpan kemas ceritera kelana yang panjang.

Langkah pertama bermula di Malaysia. Waktu itu beliau tercalon untuk kategori Penyanyi Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 21. Dari situ, satu lamaran untuk menjadi peserta program D’Academy Asia musim pertama diterima. Tidak lama selepas itu, suratan ternyata membawa beliau duduk di kerusi pengkritik tetap program pula! And the rest is history.

Melalui program itu, Fakhrul Razi mula mendapat sorotan di Indonesia. Namanya mula visible dan sehingga akhirnya punyai pengikut tersendiri. Kitani ketepikan tentang gosip dan kontroversi yang menghambat dirinya di sana. Di ruangan ini, kami lakarkan buat tatapan pembaca yang penyanyi kitani ini juga punya aura tersendiri.

Kemampuan anak emas negara ini melanjutkan langkahnya di negara seberang yang kita ketahui bukan mudah untuk pasaran hiburannya ditembusi orang luar harus kitani hargai. Jangan dilupa, beliau juga merupakan ‘Duta Bahasa’ negara ketika itu, secara tidak langsung ‘membudayakan’ bahasa kitani di luar.

Terus Melebarkan Sayap

Bermula dari tahun 2014, dia masih berulang alik demi memenuhi jemputan persembahan. Tidak hanya di Indonesia, bahkan beliau harus terbang ke Malaysia demi tuntutan komitmen yang sama.

Fakhrul Razi tidak berhenti setakat itu. Kembara merentasi Lautan Hindi telah membawanya sehingga negara India sana. Dia memutuskan untuk menyertai program ‘Dil Hai Hindustani’ pada tahun 2017 yang lalu, demi sebuah pengalaman yang dirasakan emas.

Hanya kerana tularnya satu video nyanyiannya berbaju Melayu di pentas negara itu, takdir membawa penyanyi ini kepada projek filem animasi berskala besar ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les Copaque. Maka terlahirlah ‘Keris Sakti’ lagu tema yang menjadi siulan anak tempatan yang melakar sejarah manis buat kariernya. Setakat ini jumlah tontonan lagu tema itu sudah pun mencecah 23 juta tontonan di laman YouTube.

Selain dari menyumbangkan suara buat runut bunyi filem animasi itu, dia turut ditawarkan menjadi voice actor untuk watak ‘Nakhoda Ragam’. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang penglibatannya sebagai voice actor itu bukanlah kali pertama. Pada tahun 2015, beliau pernah terlibat untuk menjayakan filem ‘Transformer 4: Age of Extinction’ versi Malaysia, menyumbangkan suara untuk watak Lucas Flannery.

‘Sang seniman yang bebas bermain terbang merentasi lautan panjang, namun tetap kembali pulang ke sarang asal wujudnya..’

Itu analogi yang kami sifatkan buat seniman ini. Walau ke mana pun dirinya terbang melebarkan sayapnya atas nama seni dan cintanya terhadap dunia tarik suara, beliau tetap kembali ke tempat asalnya.

I’ve always been in Brunei. Ganya kalau orang melagau saya ke Jakarta I would go there and comeback. Kalau di Malaysia, saya banyak show di KK (Kota Kinabalu). Kadang-kadang dalam sebulan atu, seminggu saya ada di sana untuk show saja. So, balik lagi ke Brunei. I am purely Brunei based.”

Sudah terjawab kini persoalan di benak mereka yang tertanya-tanya mengenai ‘status’ keberadaannya selama ini.

Berlama di Sarang

Tahun 2020 mencatat sejarah dengan tularnya virus yang memberi kesan mendalam dan menjejaskan norma kehidupan warga dunia dalam pelbagai aspek. Fakhrul juga tidak terkecuali. Fenomena tersebut membuatkan beliau ‘berlama di sarang’ kali ini kerana sebarang aktiviti seninya di luar terhenti buat seketika.

Sungguhpun begitu, hikmah di sebalik keberadaannya di tanahair, wajahnya kembali menghiasi siaran pagi kita menerusi program ‘Rampai Pagi’ – rancangan yang memegang rekod sebagai program bual bicara pagi terlama bersiaran di RTB.

Lebih menarik lagi apabila kelibatnya turut dapat di tonton menerusi program ‘Bintang Search’ iaitu satu program mencungkil bakat nyanyian baru terbitan Origin Films yang dikhabarkan meraih rating tertinggi saat ini.

Hasrat dan Keinginan

Jelasnya lagi, sekarang terbit keinginan untuk menyentuh kerja-kerja belakang tabir secara serius pula. Basar awanya ingin menyumbang kepada industri kreatif tanahair.

Fakhrul turut menyebut tentang pengarah terkenal Siti Kamaludin yang menjadi sumber inspirasi terbarunya, “What she does has actually inspired me to do the same”.

Dari aspirasi itu, tertubuhlah FR Production berserta rangkaian perancangan yang sedang diusahakannya dan akan dikongsikan kepada umum apabila waktu yang sesuai tiba kelak.

Kado Buat Peminat

Fakhrul lantas membuka bicara mengenai buah tangan terbaharunya yang buat masa ini hanya bisa kami kongsikan sebagai ‘BTK’. Lagu yang ditulis dan dicipta sepenuhnya sendiri itu, dijadual rilis pada bulan ini manakala muzik videonya pula akan dilancarkan pada bulan September.

Menarik! Itu yang dapat kami simpulkan dari pradengar eksklusif pada malam itu. Buah tangan pemilik suara lagu berhantu ‘Senyuman Gelapku’ ini, kini punya sentuhan dan ‘rasa’ yang lebih Fakhrul Razi.

‘Legenda’ dari perspektif Fakhrul Razi

Di saat awal kami membuka bicara pada malam itu, kami tanyakan definisi seorang ‘Lagenda’ buat beliau. Namun kami memutuskan mahu mengabadikannya sebagai penutup kepada ceritera rangkuman kanvas seni sang seniman ini.

Sebagai seorang yang gemar beranalogi dan bermetafora, jawapan beliau benar-benar membuatkan kami terkesima.

“Lagenda itu adalah seorang yang tidak peduli tentang jolokkan title lagenda itu sendiri. Lagenda tiada had umur dan tiada batas waktu. Someone who keeps on going, someone who finds joy in whatever they’re doing. Semua orang di dalam dunia ini boleh menjadi lagenda,” jawabnya yakin.

Demikianlah ceritera seorang Fakhrul Razi, kami noktahkan untuk edisi kali ini. Sumbangan besar bintang seni ini membawa panji negara merentasi lautanmenjadi penanda aras buat penggiat seni tanahair yang mungkin menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap di persada yang sama sepertinya. Doa kami agar beliau terus sukses dan apa jua impiannya akan terlaksana.


Tim Ediorial
Ketua Pengarang:
Zulhelmi Kamaluddin
Penulis (Bahasa Melayu): Mel Razak
Penulis (Bahasa Inggeris): Kamaliah K

Tim Kreatif
Arahan Seni:
Fikri Afif & Zulhelmi Kamaluddin
Jurufoto: Macromalekule
Tatarias: Rabiatul Halim
Tatagaya: Fikri Afif
Pengurus Bintang Tamu: Kamarul Rizzam
Pengurus Lokasi: Intan Nawwarah
Dibantu Oleh: Raihani Rafie

Penghargaan
Arkitek Watches
FA Men
SUKAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s