Fesyen

Couture Fashion Week Goes Digital

Gaun tulle signature dari Giambattista Valli Couture Fall 2020

Tiada lagi perhimpunan wajah front row mahupun set pertunjukan yang gah, rumah-rumah fesyen gergasi dunia kini terpaksa meneroka idea baharu untuk “mementaskan” koleksi Couture Musim Luruh 2020 mereka. Mengadaptasi gaya hidup #newnormal, kebanyakan pereka hanya mampu melancarkan koleksi secara digital on their social media platforms.

Dek kerana pandemik, musim ini Schiaparelli hanya mampu menghasilkan lakaran fesyen buat tatapan clientele mereka

Namun demikian, beberapa nama fesyen ini mengambil langkah lebih inovatif untuk melancarkan koleksi adi busana masing-masing in order to give that same couture runway experience. From Dior’s nymph forest creature to Chanel’s punk night club, berikut merupakan koleksi dambaan kami musim ini!

1. Ralph & Russo

Berinspirasikan ‘Seven Wonders of the World’ pengarah kreatif, Tamara Ralph, membawa kita mengembara secara virtual bersama avatar yang ditatagaya dalam helaian couture Ralph & Russo. Koleksi kali ini turut memperlihatkan mainan cetakan flora yang digarap dengan jahitan jemeki indah.

2. Christian Dior

Berganding bahu bersama sutradara Itali, Matteo Garrone, Dior mengangkat ceritera mitos dalam sebuah filem pendek yang menampilkan koleksi adi busana disarung protagonis dewi-dewi rimba. Menariknya, setiap rekaan turut dihasilkan dalam bentuk miniature, inspirasi daripada pameran jelajah, Théâtre de la Mode (1945-1946).

3. Georges Hobeika

Jika sebelum ini Kota Paris menjadi taman permainan buat pereka Lebanon ini, sebaliknya musim ini Georges Hobeika mementaskan koleksi Couture di tanah air sendiri. Namun tidak kurang hebatnya, set pertunjukan fesyen tanpa penonton tetap gah berlatar belakangkan mercu tanda bandar Tripoli, Lebanon.

4. Viktor & Rolf

Tampil dengan sebuah video naratif berdurasi 5 minit, koleksi adi busana Viktor & Rolf amat bertepatan dengan situasi semasa. Video berjudul “Change” yang dinarasikan oleh penyanyi, MIKA itu turut menyampaikan mesej seperti social distancing, stay at home dan juga pemakaian topeng muka.

5. Chanel

Diinspirasikan daripada lukisan abad ke-19, koleksi couture Chanel turut diselitkan dengan elemen ultra-rock romanticism yang dizahirkan dalam rekaan jumpsuit, boot-trousers serta solekan punk. Walaupun hanya 30 persalinan dipersembahkan (instead of 70) koleksi adi busana musim luruh ilham pengarah kreatif, Virginie Viard, menampakkan kematangan dan menjadi one of her strongest collections to date.

6. Maison Margiela

Seperti dijanjikan pengarah kreatifnya, John Galliano, koleksi artisanal Maison Margiela bakal dilancarkan dalam bentuk filem berdurasi 50 minit! Bukan hanya video artistik kosong, filem berbentuk dokumentari ini memaparkan setiap proses menghasilkan koleksi ini dalam saat pandemik; dari diskusi Zoom sehinggalah sesi fitting bersama peragawati. “Let’s have a Zoom party!” titah Galliano.

7. Valentino

“Of Grace and Light” sebuah persembahan digital yang membawa penonton mengelamun dalam 16 helaian megah serba putih turut disiarkan secara langsung dari Cinecitta Studio, Rome. Berkolaborasi bersama Nick Knight selain muzik oleh FKA Twigs, para peragawati berhayun gemalai di atas trapeze bagaikan terapung disimbahi visual projektor. Tidak mahu terikat dengan batas norma baharu, koleksi Couture Musim Luruh Valentino bagaikan “an extreme response” buat suasana sukar masa kini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s