Brunei

XOIA & Chantique Bawa Nama Brunei ke Pentas Antarabangsa

Meskipun musim pandemik masih berterusan, the fashion industry knows no bounds! Pertunjukan fesyen di merata dunia kembali diadakan; secara digital mahupun the conventional way. Tidak kurang rancaknya di pentas fesyen tempatan, penyertaan di minggu fesyen antarabangsa sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan saban tahun.

Tahun ini, pereka kelahiran tanah air, XOIA dan Chantique bakal mempamerkan koleksi mereka dalam Minggu Fesyen ASPARA Spring-Summer 2021 antara 7hb hingga 10hb Oktober 2020. Minggu Fesyen ASPARA adalah acara tahunan dan bermusim yang bertempat di Khazakstan dengan pangkalan khalayak Eropah. Berbeza dari musim sebelumnya, pertunjukan yang disertai 60 pereka fesyen dari 35 negara ini bakal disiarkan secara langsung dalam talian.

Menjadi medan buat pembeli B2B dan elit untuk mendapatkan akses pertama pada koleksi pereka baru serta memilih helaian runway yang terhad, minggu fesyen antarabangsa yang diadakan secara digital ini mampu menjangkau khalayak baru dan lebih besar. Ini juga akan menjadi peluang bagi warga Brunei untuk melihat rekaan terbaru bukan hanya daripada dua pereka tempatan ini, malah daripada pereka antarabangsa lain.

Bagi minggu fesyen yang bakal disertai ini, XOIA akan mempamerkan sejumlah 8 set rekaan pakaian wanita terbaru mereka, sementara Chantique akan mempamerkan 10 set rekaan terbaru termasuk pakaian lelaki. Kedua-dua pereka ini adalah Duta Fesyen ASEAN Fashion Designers Showcase, rakan kongsi Minggu Fesyen ASPARA.

Fadzil Hadin, pereka fesyen Chantique yang tidak asing dalam penyertaan minggu fesyen antarabangsa mengatakan, “Ini adalah kali kedua saya menyertai ASPARA Fashion Week, ianya memang merupakan peluang yang besar untuk menjual reka bentuk kami kepada pembeli Eropah dan antarabangsa yang lain.”

Manakala pereka fesyen dan pengarah urusan XOIA, Atiqah Ismail, berharap penyertaan ini menjadi inspirasi buat pereka fesyen tempatan lain, “ini bukan hanya peluang yang baik bagi XOIA untuk mempamerkan bakat kami dan memantapkan lagi jenama kami di platform antarabangsa, tetapi ini juga akan memberi kesedaran kepada penggiat kreatif tempatan dalam industri ini, dan diharapkan dapat menjadi dorongan serta keyakinan diri bahawa kita juga mampu mencapai tahap antarabangsa.”

XOIA dan Chantique dijadualkan untuk mempamerkan koleksi mereka pada 7hb Oktober, jam 9 malam waktu tempatan. Buat awda di Brunei, awda boleh menonton secara langsung melalui saluran Youtube ASPARA FASHION WEEK, dan LIVE di Instagram serta Facebook. Let’s support our local fashion scene!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s