Fesyen / Malaysia

Siapa Tak Mahu; A Fashion Feast by Siti Nurhaliza

Tidak keterlaluan jika kami katakan Dato’ Sri Siti Nurhaliza is an OG of Malaysia’s fashion icon! Sejak awal kemunculannya, gaya fesyen kala di pentas mahupun karpet merah acap kali dinanti-nantikan peminatnya apatah lagi Sitizoners (her fandom). 

Siti Nurhaliza dalam gaun Rizman Ruzaini di pentas AJL 34

Julai lalu, Siti membuat comeback dengan album terbaru, ManifestaSITI2020. Walaupun kulit album dan visual mendapat kritikan daripada peminatnya, Siti tidak sesekali pun goyah. Video muzik terbarunya untuk single, ‘Siapa Tak Mahu’ membuktikan pesona Siti sebagai diva negara jiran tersebut. 

Kulit album ManifestaSITI 2020, album ke-18 Siti Nurhaliza

Konsep muzik videonya agak simple namun playful, turut dibantu dengan helaian fesyen extravaganza dan solekan dramatik sentuhan her favourite makeup artist; Nurul Shukor. Melantik penata gaya Abu Shaef Hamza untuk mencipta magis fesyen buat muzik video kali ini, he definitely did not disappoint us.

Kesemua lima looks yang dihasilkan, adalah inspirasi daripada gaya yang pernah dipakai penyanyi no. 1 Malaysia ini throughout the years tetapi diterjemah dalam versi 2020, terang Abu dalam sebuah IGTV behind-the-scenes. Custom couture pieces, great cinematography and a catchy song; siapa yang tak mahu? 

Si Penjual Tiket

Membuka tirai muzik video, Siti tampil sebagai penjual tiket muzium khayalan dalam persalinan ala military. Cropped blazer rekaan Afiq M dihias indah kerongsang bergemerlapan daripada Behati. We definitely want a ticket! 

Wanita Potret

Bagaikan jelmaan lukisan potret Marie Antoinette, Siti ditata gaya dalam jaket berlengan bishop dan skirt renda bertingkat daripada jenama YULEZA serta topi anyaman gergasi Hanna B

Pengintip

Buat karakter ketiga sebagai pengintip, sut Afiq M sekali lagi menjadi pilihan Abu. Olesan gincu daring rona gelap melengkapkan persalinan biru kobalt dan topi akrilik sedondon daripada Arte de Narmi

Boneka Mini

Selain kerongsang, Behati turut menyumbang gaun custom putih suci berkolar dan lengan ‘leg of mutton’ penuh dramatik bagi karakter Siti sebagai boneka pameran. A Louvre worthy display. 

Primadona 

Tidak terhenti di situ, penonton dibuai hanyut menyaksikan persembahan si primadona dalam helaian adi busana sarat jemeki rekaan Zaimi Zulkafli yang khabarnya mengambil tenaga seramai 12 artisan all day and night. Fluid headpiece Bremen Wong turut melengkapi look the one and only Dato’ Sri Siti Nurhaliza. 

Bonus Look

It girl, Mira Filzah yang diundang sebagai teraju utama muzik video ini selain aktor Hun Haqeem masing-masing ditatagaya oleh Abu dan TTFGA. Mira yang bukan pertama kali bekerja bersama Abu menyarung two-piece set daripada Fiziwoo manakala Hun dalam persalinan Rafeoff

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s