1001 Personaliti

Evolusi Khalil Kashfi

Desis bunyi penyembur rambut di tangan si pemilik jenama Painted by Kashf ini menangkap gegendang telinga. Kami perhatikan kesungguhan jurusolek itu mempersiap model yang imejnya kini semakin jelas persis seorang bintang filem!

Terasa diri ini seakan dibawa menyelusuri era kegemilangan filem-filem blockbuster Hong Kong dek permainan warna biru yang menjadi tarikan utama.

Ujarnya, tema kali ini istimewa buat sesi penggambaran petang itu. Kalian lihat sahaja hasil dari wajah sehingga ke tata rias helaian rambut – sungguh ‘total‘, menyerlahkan aura kanvasnya.

Jurusolek yang mesra disapa Khalil ini, mengakui yang minatnya lebih terarah kepada stage make-up. Dia yang pada awalnya hanya ‘suka-suka’ bermain dengan solekan akhirnya terjebak secara profesional mulai tahun 2015.

Minatnya terhadap solekan terus berkembang sewaktu beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di kota New York. Beberapa siri bengkel solekan yang dihadirinya sebagai sebahagian daripada aktiviti extra curricular universiti mencetuskan keinginannya untuk mendaftarkan diri ke kelas solekan yang lebih formal – salah satunya adalah bengkel yang dianjurkan oleh Alcone demi mengasahkan lagi kemampuan yang dimilikinya.

Menyelak lagi coretan perjalanannya, tahun 2018 membuka lembaran baru di mana waktu itulah dia mula terlibat untuk kerja-kerja komersil termasuklah pementasan muzikal, drama dan televisyen.

Kerja-kerja untuk pentas seperti ini katanya memberikan kepuasan yang lebih. Terbaharu, beliau turut terlibat di belakang tabir menjayakan program ‘Bintang Search’ terbitan Origin.

Di situ, beliau mencetuskan satu idea kolaborasi yang digelar ‘Dream Team’ yang menghimpunkan partisipasi dari beberapa jurusolek muda berbakat yang juga terdiri daripada kenalannya. Tim ini diberi tanggungjawab penuh untuk menata rias wajah peserta-peserta program berkenaan. Namun, apabila menuju ke minggu-minggu akhir, beliau memberikan mandat kepada mereka untuk menyolek peserta sepenuhnya.

“I supervise them and I did the finishing touches,” maklumnya.

Meskipun menyandang gelaran sebagai jurusolek, ironinya beliau harus sentiasa bersedia kepada permintaan pelanggan untuk menjayakan pelbagai jenis majlis.

“I prefer to do Malam Berbedak. Solekan untuk Majlis Nikah lebih lembut. It’s fun but it doesn’t really keep me going – inspirational wise. But Malam Berbedak, yes! The boldness of the make-up inspire me,” ujar penata rias yang sukakan pada look yang lebih sculpted ini. Apa yang pasti, berbanding majlis-majlis lain, malam berbedak secara peribadi lebih memberienergi berbeza buatnya setiap kali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s