1001 Personaliti

Experimentasi Warna Anisah Alkaff

Smart! Itu ungkapan pertama yang terbit di benak fikiran kami sebaik sahaja Anisah Alkaff menyudahkan kerjanya. Interpretasi idea sukses diterjemah oleh tangan kreatifnya yang ingin mempersembahkan tema Oriental khas buat tatapan kalian.

Kanvasnya menampilkan si model membawa projeksi watak Disney terkenal, Mulan yang kini hangat menjadi sebutan membuatkan ruangan kami bergema dengan keriuhan dan tepukan buatnya.

Anisah ternyata cukup flexible dan gemar bereksperimentasi dengan warna. From light themed looks to colourful ones, beliau bermula dengan gaya solekan berona lembut demi menonjolkan sisi yang lebih natural sebagai signature.

Namun, minatnya pada warna-warna terang menarik beliau untuk menghasilkan gaya solekan yang lebih bervariasi. Menurutnya, setiap kali punyai masa terluang, Anisah akan bereksperimen agar karya dan kreativitinya tidak terhad hanya pada satu gaya solekan sahaja.

“I thought to myself, I will do more experimental looks. When you’re doing bridal, you will go into bridal punya mindset. Everything will be pretty neutral and classic,” akuinya apabila menyentuh soal gaya solekan pengantin yang lazimnya kurang bermain dengan warna terang.

Menata rias wajah seseorang bukanlah tugasan yang enteng tapi ianya satu tanggungjawab besar yang perlu digalas seorang jurusolek.

Bagi Anisah sendiri, dia harus memastikan yang hasil solekannya sempurna bukan sahaja di wajah tuan empunya badan tetapi kesannya perlu bagus di dalam foto!

Dia punya cara tersendiri dalam memastikan kualiti hasil kerja tangannya sentiasa terjaga. Beliau cuba untuk tidak terlalu merubah wajah seseorang dengan solekan namun berusaha untuk mengekalkan ciri khas yang dimiliki kliennya.

Beliau punya prinsip: self- improvement. Berada di pasaran yang kecil, Anisah memilih untuk menjadi lebih optimis dalam meningkatkan mutu solekan – tidak suka membandingkan hasil kerjanya, jauh sekali ingin bersaing dengan jurusolek lain.

“Saya cuba untuk tidak menghabiskan waktu saya untuk melihat apa yang dilakukan oleh jurusolek lain kerana ia hanya akan membuat saya mempersoal kemampuan diri.

“Justeru itu, saya akan meneliti gambar-gambar yang saya ambil, dan cuba menganalisa kekurangan yang perlu diperbaiki,” jelas penata rias yang juga pernah terlibat dalam menjayakan muzik video penyanyi popular negara, Aziz Harun ini.

Di antara sisipan menarik di sepanjang berbualan ini lagi, kami sempat bertanyakan bahagian wajah manakah yang paling digemarinya. Dengan mudah beliau mengatakan, “Eyebrow.”

Seterusnya, dalam nada gurauan kami meminta sedikit tip kecantikkan. “To take care of what you eat,” ujar si jurusolek manis ini sebelum kami menutup perbualan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s