1001 Personaliti

Make-up Minimal Hazimah Matusin

Simplicity at its best! Ingin sekali kami katakan itu di saat diri ini mengamati gerak tangan Hazimah yang sedang menyolek. Sehinggalah wajah model yang di tata riasnya siap sepenuhnya.

“I am a minimalist. Saya inda suka merubah but I like to enhance”, ujarnya tatkala kami mula duduk selesa melakukan temubual ini.

Konsep solekan gaya minimalis itu, pada hakikatnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak semua bisa memahami dan menerima teknik solekan sedemikian. Apatah lagi, bila ianya diabadikan untuk hari bersejarah seperti majlis perkahwinan.

Stigma buat detik bersejarah itu, menurut normanya, haruslah ‘gah’ daripada kebiasaan. Nah, melihat pada norma itu, lantas kami tanyakan kepada beliau apakah semua itu memberi impak tertentu untuk dirinya terus mengangkat konsep sebegini kepada umum.

Tidak menolak atau berselindung, si jurusolek yang dikenali dengan jenama Makeup By Hazimah ini mengakui yang dirinya terpaksa berhadapan dengan cabaran dan kritikan dari segelintir orang dek kerana gaya solekan minimalis yang menjadi signature style dan kian mendapat tempat di kalangan generasi masa kini.

Berkongsi pengalamannya, percanggahan pendapat di antara ‘orang lama’ dan ‘orang baru’ pernah terjadi sewaktu bertugas menata rias pengantin. Orang-orang tua berpendapat yang konsep minimalis itu tidak menonjolkan seri sang raja sehari.

Namun begitu, pandangan dari mereka-mereka yang merasakan gaya minimalis itu sebagai sesuatu yang ‘terlalu biasa’ tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berpegang utuh pada identiti. Apa yang menjadi keutamaan adalah tanggungjawabnya sebagai jurusolek dijalankan seiring dengan permintaan sang pengantin.

“It’s (always) an honour for me to be part of their special day,” ujar Hazimah senang.

Jika jurusolek lain punya sentuhan pada bahagian tertentu yang menjadi sorotan pengemar mereka, Hazimah juga tidak terkecuali. Menurutnya, sentuhannya pada ‘kirai’ yang pasti menjadi tumpuan dan dirinya amat berbesar hati dengan maklum balas itu.

Saat itu, bunyi petikan kamera dan suara dari tim editorial di depan sana kedengaran. Kami meneruskan perbualan lagi dengan santai di ruangan make-up.

Inti pati temubual kami terus membawa kepada persediaan penata rias ini dalam menghadapi persaingan di dunia make-up artist ini. Jelas sekali, Hazimah punya prinsipnya tersendiri.

“I don’t worry much about competition,” ujarnya tenang dan optimis kerana baginya setiap jurusolek itu punya cara tersendiri dan air
tangan juga pasti berbeza.

Mengimbas kembali kolaborasi beliau bersama kami sejak tahun 2018, menata rias wajah Ezah Hashim untuk keluaran ke sembilan 1001 Magazine dan barisan influencer tempatan, ujar Hazimah, meskpiun dirinya sudah sebati dengan solekan minimalis, ia tidak menghalangnya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Semenjak bekerjasama dengan 1001 Magazine, the team has encouraged me to do editorial.” Akuinya, dia merasa semakin teruja dan berminat untuk menyelusuri lagi teknik solekan editorial selepas ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s