1001 Personaliti

Tangan Seni Dragons & Pixie Dust

Perhatian kami singgah pada si empunya diri, memerhati tangannya yang sedang menari selesa mengoles wajah si gadis yang menjadi pasangan kolaborasinya.

Inilah Muaz Al Rashid. Melihat dari portfolio figura ini sahaja sudah cukup melonjakkan lagi keterujaan kami menantikan hasil tangannya – pasti membawa persembahan yang berbeza.

A portait painter turned make-up artist! Ramai yang tidak mengetahui bahawa jurusolek terkenal yang berkarya di sebalik nama komersil ‘Dragons & Pixie Dust’ ini, dahulunya, merupakan seorang pelukis potret. Namun, kanvasnya kini berubah dan beralih menata rias wajah pula.

Kemampuan itu diterjemah ke dalam bentuk solekan yang tiada batasan; merangkumi solekan pengantin dan editorial, termasuklah tata rias kesan khas yakni, Special Effects Make-up.

I started doing make-up for business in 2014,” jelasnya. Pun begitu, beliau sudah mula terdedah dengan alat solek sewaktu bertugas sebagai pembaca berita di Radio Televisyen Brunei (RTB) pada tahun 2007.

Keupayaannya melukis ternyata menjadi satu kelebihan buat dirinya untuk bermain dengan solekan dan ianya menarik perhatian teman terdekat yang mahukan dia menata rias wajah mereka pula. Akhirnya, membawa seorang pelukis portrait ke dunia baharu. Lantas, memulakan karier ini secara serius.

Setiap jurusolek itu pasti punya ciri khas atau signature touch tersendiri. Muaz tidak terkecuali. “Orang recognize cara saya memberi highlight arah muka. For some reasons, I am obsessed with making the skin look very highlighted – almost like dewy,” ujar Muaz.

“And how I do my eyes, I have this specific way of doing it. That’s how people recognize my work.”

Menurutnya, penting untuk jurusolek itu tampil berbeza dari jurusolek yang lain. Tanggungjawab yang dipikul seorang jurusolek profesional itu bukan calang- calang.

I don’t want to ruin someone’s big day!” ujarnya separa berseloroh merujuk kepada penglibatannya menata rias wajah pengantin.

If you are a make up artist for a wedding, that’s a serious business,” tambahnya lagi, tidak menafikan yang pasaran buat jurusolek di negara ini didominasi majlis perkahwinan.

I take editorial shoots as a hobby.”

Berkenaan dengan solekan kesan khas pula, akuinya pasaran tersebut masih terlalu kecil di sini. Namun, minatnya terhadap make-up kreatif seperti ini tetap mendalam kerana baginya ia sesuatu yang menyeronokkan.

“I just enjoy doing it!” katanya lagi.

So, here it is! Khas buat photoshoot kali ini, beliau tampilkan look yang terinspirasi dari face chart Sergey Milk. Teknik solekan hypergloss smokey lid dipadankan dengan kilauan batu berlian pada bibir peragawati kami pada hari itu, mengingatkan kami pada potret agung, ‘Girl with a Pearl Earring’.

Secara tidak langsung, karyanya kali ini seakan memberi bayangan akan
kemampuannya merealisasi khayalan ke bentuk nyata. Kudos!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s