1001 Personaliti

Tata Rias Sederhana DayaGlo

Keriuhan tim editorial di hadapan sana masih memenuhi segenap ruang. Tatkala itu, muncullah sosok Daya menyapa dari pintu. Inilah dia si jurusolek yang di kenali dengan jenama DayaGlo.

Sebelumnya, kami sudah maklum yang dia punya tugasan menata rias pengantin terlebih dahalu pada pagi itu. Kedengaran nada kelam-kabutnya tapi keceriaan jelas terpancar.

Si gadis manis ini hadir memenuhi undangan kami dan beliau menjadikan personaliti terakhir sekali gus penutup kepada keseluruhan sesi penggambaran yang memakan masa berjam lamanya.

Mengakui dirinya masih baru, Daya yang memulakan kariernya sekitar dua tahun lalu bersedia menghadapi cabaran ketika memutuskan untuk menjadi jurusolek sepenuh masa.

Apabila ditanya apakah maksud di sebalik perkataan ‘Glo’ yang menjadi nama komersilnya, “Saya gemar sesuatu yang natural. I always want it to just glow. Atu sebenarnya gambaran yang tepat untuk signature style saya.”

Dari situ beliau mendapatkan sumber inspirasi nama yang secara tidak langsung menggambarkan stail solekan yang dibawanya kepada umum.

“Saya suka kesederhaan. I love the elegance, just anything simple. Anything natural or soft,” tambahnya lagi.

Minatnya itu lantas diterjemah tatkala menata rias wajah. Rata-rata klien yang pernah mendapatkan khidmatnya berpuas hati dan menyukai gaya solekan sultry look hasil tangannya itu.

Sultry look yang not too simple, not too glam. That’s what people say”.

Bercakap soal sumber inspirasinya tentang solekan pula, Daya cukup terinspirasi dari gaya solekan peragawati Victoria’s Secret yang terkenal dengan teknik yang lebih natural dan minimalis.

I have a lot! But honestly, Victoria’s Secret punya make-up yang actually inspired me. They’re very glowy and very sultry. Effortless! That’s the word”. Khas buat sesi fotografi bersama kami petang itu, DayaGlo memberikan intepretasi baru gaya solekan berkenaan.

Perbualan kami berlanjutan ke arah inti pati yang lebih serius. Menurutnya, penting bagi seorang jurusolek itu untuk sentiasa mengikuti perkembangan trend solekan semasa. Dirinya tidak terkecuali.

“I do search for what’s trendy. It’s important to keep up-to-date,” ujarnya meskipun dia memiliki sentuhan tersendiri.

If you have your own signature and style, you kind of attract your own target market.”

Konsep solekan minimal ini tidak dinafikan masih baharu. Namun, keberanian DayGlo dan beberapa penata rias tempatan lain untuk mengetuk pintu pasaran yang kami sifatkan sebagai niche ini wajar diberi perhatian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s