1001 Personaliti

Trademark Mata Jessy Kova

Menyenangkan. Itu yang kami simpulkan saat mendekati jurusolek yang mesra disapa Jessy ini untuk ditemubual di ruang make-up. Waktu itu beliau baharu selesai menyudahkan solekannya. Manakala, sang model yang didandannya pula sudah pun bersedia di hadapan kamera.

Acap kali perbualan kami ini terhenti kerana tim editorial di depan sana memanggilnya. Namun begitu, beliau tetap memberikan kerjasama yang baik. Situasi yang pada awalnya serius bertukar santai. Sekembalinya Jessy, kami menyambung semula apa yang terhenti sebentar tadi.

‘I love make up!’ – ujarnya tatkala kami membuka bicara bertanyakan bagaimana kerjayanya bermula. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang Jessy Kova ini sudah pun memulakan kariernya sebagai penata rias profesional semenjak tahun 2007 lagi.

Menyelak lembaran jurnal di saat awal pembabitannya, jelas jurusolek yang pernah menata rias wajah dua penyanyi popular dari seberang, Naim Daniel dan Ismail Izzani ini lagi, beliau sebenarnya tidak pernah merancang untuk memilih kerjaya ini. Sebaliknya, semua ini terjadi secara semula jadi.

Ceritanya berawal dengan dirinya yang hanya suka-suka menyolek wajah ahli keluarga untuk sambutan Hari Raya. Kemudian, perlahan-lahan dipinta untuk majlis pertunangan dan perkahwinan pula. Dari situ, ia menarik perhatian rakan-rakan untuk mendapatkan khidmatnya dan seterusnya adalah sejarah!

Dia kini menjadi Jessy Kova yang punya pengemar dan pengikut tersendiri. Kuasa sentuhan pada bahagian mata menjadi identitinya – si jurusolek yang diburu kerana solekan mata sempurna.

Terang beliau, rata-rata klien yang pernah mendapatkan khidmatnya pasti mengatakan yang mereka menyukai hasil kerja tangannya pada bahagian mata mereka.

I like bold eyes and smoky eyes. My taste of make-up mengambil insiprasi looks sentuhan jurusolek Brazil kerana penekanan yang teliti dilakukan pada mata.”

“Mata mesti sharp!” tambahnya.

Apabila berkecimpung di arena ini, lumrah di sana sini orang pasti memperkatakan tentang signature look yang menjadi faktor seseorang penata rias untuk menjadi pilihan.

Menyentuh dengan lebih terperinci soal ini, semestinya dia juga punya gaya tersendiri. Namun begitu, beliau juga sentiasa terbuka pada permintaan klien yang menginginkan sesuatu yang sesuai dengan citarasa mereka.

Bagi Jessy, kepuasan klien itu menjadi keutamaannya. Maka dia tidak akan menolak dan cuba memberikan hasil yang terbaik setiap kali bekerja.

“Walaupun sudah berbelas tahun, to me make-up is a learning process. Make-up trends berubah-rubah. Contohnya, for the past 10 years, there’s always something new. Mesti keep updated all the time.”

Bagi beliau, proses pembelajaran itu tiada titik noktahnya dan seorang jurusolek itu harus pantas dalam beradaptasi dengan arus perubahan yang sentiasa berlaku apabila memilih kerjaya sebagai jurusolek profesional.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s