Brunei

Istiqomah Cinta Kip Hafizuddin Sentuh Sanubari

Membuka lembaran kerjaya seni tahun 2021, Kip Hafizuddin kali ini tampil dengan lagu berbentuk kerohanian buat pertama kalinya sebagai kado terbaru buat penggemarnya di bulan Ramadan ini. Karya istimewa berjudul ‘Istiqomah Cinta’ ini dicipta sepenuhnya oleh pelantun lagu ‘Bidadari Dunia’ dan ‘Memilih Kau Pergi’ ini.

Menerusi instagram peribadinya, Kip menyatakan yang alunan nada dan ukiran bait-bait seni katanya amat dekat di hati, sebagai hamba-Nya yang mendambakan destinasi abadi yang terbaik pada satu masa kelak.

Lebih membanggakan, lagu ini bakal menjadi pertaruhan pertama beliau di Indonesia. Khabarnya, ‘Istiqomah Cinta’ bakal diputarkan secara serentak di radio-radio seluruh Indonesia pada 30 April ini.

Selain itu lagi, Istiqomah Cinta juga bakal hadir bersama sebuah muzik video. Untuk penghasilan muzik video, penyanyi ini menjalin kolaborasi bersama dengan 1001 Entertainment selaku penerbit sepenuhnya.

Kemas, segar dan simple! Visual muzik video ditampilkan dengan minimal saat pratonton eksklusif muzik video berkenaan, namun mesej disebalik bait-bait lirik sukses diekspresikan dengan jelas sekali. Nantikannya di akaun YouTube rasmi beliau pada awal bulan Mei ini.

Meskipun begitu, kalian sudah bisa mendengarkan lagu ‘Istiqomah Cinta’ di seluruh pelantar digital seperti iTunes, Spotify, Joox, Tiktok dan lain-lainnya. Manakala untuk mengetahui perkembangan dan kemaskini semasa, bolehlah mengikuti beliau di instagram @kip.hafizuddin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s