Kylie Jenner Tamat Spekulasi Kehamilan
Hollywood

Kylie Jenner Tamat Spekulasi Kehamilan

Setelah beberapa bulan mendiamkan diri, Kylie Jenner akhirnya menamatkan spekulasi mengenai kehamilannya di laman Instagram miliknya semalam. Kylie yang  baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada 1 Februari lepas berkongsi berita gembira itu bersama peminatnya dalam satu post bertulis. Dalam post tersebut, Kylie menyatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan mengenai kehamilannya atas faktor mempersiapkan … Teruskan membaca

Paris Hilton Sertai Kempen Terbaru Jenama Kanye West Sebagai Klon Kim
Hollywood

Paris Hilton Sertai Kempen Terbaru Jenama Kanye West Sebagai Klon Kim

Belum reda lagi dengan berita kelahiran anak ketiganya; disusuri dengan pelancaran wangian terbaru dari jenamanya sendiri, KKW Fragrance, bintang realiti TV, Kim Kardashian baru-baru ini mengongsikan gambar perwaris hotel terkenal, Paris Hilton di akaun Instagram peribadinya sekaligus menamatkan khabar angin tentang pergaduhan mereka yang kononnya masih berterusan. Kim, 37, memuat naik gambar-gambar dari kempen koleksi … Teruskan membaca

Kim K Guna Ibu Tumpang Untuk Anak Ketiga
Hollywood

Kim K Guna Ibu Tumpang Untuk Anak Ketiga

Anak ketiga pasangan selebriti, Kim Kardashian West (KKW) dan Kanye West selamat dilahirkan pada hari Isnin, 15 January 2018, jam 12.47 pagi – menurut catatan di laman web peribadinya semalam. “Kanye dan saya merasa gembira untuk mengumumkan ketibaan anak kami,” tulis KKW di dalam blog tersebut. Anak ketiga kepada personaliti realiti TV popular, Keeping Up With … Teruskan membaca

Persalinan Serba Hitam Selebriti Hollywood di Anugerah Golden Globe
1001 Red Carpet / Fesyen / Hollywood

Persalinan Serba Hitam Selebriti Hollywood di Anugerah Golden Globe

Anugerah Golden Globe kali ke 75 (juga dikenali sebagai Golden Globes) membuka tirai musim anugerah di Hollywood Ahad lalu dengan penuh gilang-gemilang. Bagi awda yang menyaksikan acara permaidani merah atau red carpet anugerah tersebut, pasti menyedari adanya sedikit perbezaan kali ini – hampir semua selebriti jemputan dan tetamu yang hadir mengenakan persalinan serba hitam. Tapi, kenapa? Mungkin ada … Teruskan membaca

TOP 10 Supermodel Berpendapatan Tertinggi 2017
Hollywood / TOP 10

TOP 10 Supermodel Berpendapatan Tertinggi 2017

Setelah menakluki takhta senarai model dengan bayaran tertinggi lebih dari 10 tahun, supermodel Gisele Bundchen akhirnya jatuh ke tangga kedua setelah Kendall Jenner ($22 juta) mengambil alih tempat pertama pada tahun ini. Walaupun status supermodelnya masih lagi dipertikaikan segilintir pihak, kuasa media sosial Jenner tidak perlu dipersoalkan lagi. Bermodalkan 85 juta pengikut di Instagram, tidak … Teruskan membaca

Pengumuman Kehamilan Khloe Kardashian Ditaja?
Hollywood

Pengumuman Kehamilan Khloe Kardashian Ditaja?

Pasti ramai yang gembira mendengarkan berita kehamilan personaliti popular, Khloe Kardashian semalam. Selebriti yang terkenal melalui rancangan realiti TV ‘Keeping Up With The Kardashian’ tersebut akhirnya membuat pengumuman secara rasmi melalui akaun Instagram miliknya. Sudah lama sebenarnya desas-desus kehamilan Kardashian ini kedengaran. Berita tentang kehamilan ini sudah pernah dikeluarkan oleh majalah People kira-kira pada bulan September … Teruskan membaca

Pertunangan Joe Jonas & Sophie Turner Buat Peminat Game of Thrones Gusar!
Hollywood

Pertunangan Joe Jonas & Sophie Turner Buat Peminat Game of Thrones Gusar!

Semalam, media sosial dan laman maya digemparkan dengan berita tentang pertunangan Sophie Turner dengan Joe Jonas, bekas anggota kumpulan The Jonas Brothers. Mana tidaknya, tidak ramai yang mengetahui tentang hubungan antara kedua selebriti tersebut. Bahkan, keduanya juga tidak pernah tampil bersama secara rasmi di mana-mana acara sebelum ini. Walaupun Joe juga turut hadir di majlis tayangan … Teruskan membaca